fbpx
Now Reading
Isu Kes Dera Adik Bella, JKM Sita Rumah Kebajikan & Tarik Hak Penjagaan 6 Kanak-Kanak

Isu Kes Dera Adik Bella, JKM Sita Rumah Kebajikan & Tarik Hak Penjagaan 6 Kanak-Kanak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pendedahan nasib malang seorang anak istimewa Sindrom Down, Adik Bella yang dipercayai menjadi mangsa dera baru-baru ini nyata mengejutkan rakyat Malaysia.

Ekoran dari kejadian tersebut, individu yang diberi kebenaran untuk menjaga Bella telah dilucutkan hak penjagaannya oleh mahkamah.

Perkara tersebut dikongsikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, sewaktu melawat Bella yang kemudiannya ditempatkan di sebuah rumah kebajikan milik JKM di Seremban.


Terbaru bukan hanya Bella, sebaliknya penjagaan 5 lagi kanak-kanak turut ditarik kembali oleh mahkamah pada 5 Julai lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Lumpur, Che Samsuzuki Che Noh berkata kesemua enam-enam mereka kini diberi penempatan di bawah pusat kebajikan kendalian JKM.

“Pelindung Unit Kanak-Kanak sudah mengambil tindakan terhadap enam kanak-kanak dengan mengeluarkan mereka daripada rumah kebajikan kendalian wanita bujang berusia 28 tahun itu.

“Bella yang disyaki didera ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Seremban, Negeri Sembilan, manakala tiga kanak-kanak berusia satu hingga dua tahun berada di Rumah Kanak-Kanak (RKK) di Kuala Kangsar, Perak.

“Selain itu, seorang bayi berusia 15 bulan diserahkan kepada pihak layak yang dikenal pasti oleh Bahagian Kanak-Kanak, manakala seorang remaja 17 tahun kini berada di RKK Rembau,” katanya dipetik dari Harian Metro.

Rumah bonda tidak berdaftar dengan JKM

Bukan itu sahaja, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) difahamkan turut menyita rumah kebajikan yang dikendalikan wanita berkenaan yang terletak di Jalan Kukuban, Setapak.

Ini kerana rumah yang beroperas di Jalan Kukuban itu tidak berdaftar dngan JKM dan beroperasi secara haram sejak 2019.

“Tindakan lak (sita) dilakukan selepas kita menyerahkan notis pemberitahuan pada Jumaat lalu mengikut Seksyen 16A(1) Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506) dan membuka kertas siasatan,” katanya.

Susulan penutupan itu pihaknya akan menguruskan penempatan 19 wanita mengandung berusia 18 hingga 33 tahun yang sebelum ini menjadi penghuni di sana,

Hanya Bella mempunyai kesan dera

Mengulas lanjut mengenai kes Bella, Che Samsuzuki menjelaskan dari keenam-enam kanak-kanak berkenaan, hanya Bella yang mempunyai kesan dera.

Jelasnya lagi wanita tersebut (penjaga) mendakwa bahawa Bella sukar mendengar kata dan degil ketika membuat pengakuan kepada JKM

“Dia mendakwa Bella kerap mengacau adik yang lain dan kesan parut pada tangan kanak-kanak itu akibat tumpahan air panas, selain Bella didakwa akan mengopek keruping luka dan menyebabkan ia sukar sembuh,” katanya lagi.

Tambahnya, keraguan mula timbul apabila pengurusan rumah jagaan itu sebelum ini tidak membawa kanak-kanak terbabit ke hospital untuk rawatan kerana bimbang dituduh mendera.

“Menjawab itu wanita berkenaan dakwa dia bimbang dituduh mendera jika membawa Bella ke hospital. Bagaimanapun, kita sudah serahkan kes ini kepada polis untuk siasatan lanjut berikutan terdapat kesan luka lama dan baharu,” katanya.

Terdahulu tular di media sosial pendedahan seorang wanita mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang tinggal di sebuah rumah di ibu negara disyaki didera.

Polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada 24 Jun lalu membabitkan mangsa berusia 13 tahun yang kemudiannya didapati mengalami kesan melecur di dada, tangan, leher dan paha serta kesan luka di bahagian badan lain.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.