fbpx
Now Reading
‘Sedia Letak Nyawa Demi Ummah” – Caprice Rancang Dedah Apa Sebenarnya Yang Berlaku Dengan Misi Gaza

‘Sedia Letak Nyawa Demi Ummah” – Caprice Rancang Dedah Apa Sebenarnya Yang Berlaku Dengan Misi Gaza

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui rapper dan usahawan Caprice sedang mengadakan misi kemanusian ke Palestin dan Mesir sejak penghujung Jun yang lalu.

Malah Caprice juga banyak berkongsi video-video dan foto misi-misi kemanusiannya yang dilakukannnya disana.

Namun terbaru Caprice mengejutkan orang ramai apabila memaklumkan yang dia akan mendedahkan kisah disebalik misi-misi di Gaza.

Perkara tersebut dikongsikan Caprice di sebuah posting di akaun instagramnya dan di IG story.

Caprice sedia letak nyawa untuk cerita apa sebenarnya berlaku

Menurut Caprice, dia sedia merisikokan nyawanya untuk mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku dengan misi Gaza.

Jelasnya lagi, dia akan melakukan pendedahan berkenaan dalam masa terdekat menerusi IG Live.

Meskipun tidak menjelaskan maksud atau maklumat lanjut mengenai perkara tersebut ramai mengaitkannya dengan perkongsian Caprice sebelum ini yang memohon bantuan Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk melindungi keselamatan pasukannya dan NGO lainnya yang ingin kelur masuk ke Gaza.

Malah dia dengan nada kecewa turut menyebut apa yang diketahui semasa berada di Malaysia adalah tidak sama dengan apa yang sedang berlaku disana.

“Kita agak sedih dan kecewa selepas dapat tahu ape yang berlaku dekat sana dan InsyaAllah kalau kita betul2 nak bersolidariti dgn rakyat Palestine, kita kene betul2 ambik masa untuk kenal rakyat dekat sana. Sebab ni tanah palestine. Bukan tempat biasa. Kita harus ambik berat dgn tanggungjawab kita di sini.

“Sebelum Caprice fly, kita sangat bangga sarung bendera mereka… untuk tunjuk solidariti. Selepas sampai sini, baru dapat tahu ape yang sebenarnye berlaku untuk sape2 yang nak masuk Gaza. Caprice tahu ramai NGO2 lalui bende sama.. cuma mungkin selama ni diaorang tak berani nak bersuara. Sebenarnye, kita sangat jauh lagi untuk betul2 bersama rakyat Palestine.

“Kita pernah bagi hint dalam stories sejak kita sampai: umat Islam hari ni tidak bersatu. Masing2 fikir hak masing2. Tu yang buat Caprice sedih sejak sampai sini. Ape yang kita fikir selama kita join banyak FB / IG live dekat Malaysia, sangat2 berbeza dgn ape yang berlaku dekat sini” tulis Caprice.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.