fbpx
Now Reading
Bagi Handphone Untuk Kegunaan PdPR, Wanita Terkejut Anak Belanja Dalam Game Sampai Lesap RM2,600

Bagi Handphone Untuk Kegunaan PdPR, Wanita Terkejut Anak Belanja Dalam Game Sampai Lesap RM2,600

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, semua pelajar perlu mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ekoran dari penularan Covid-19. Justeru, banyak rintangan dan dugaan yang dihadapi oleh ibubapa dan juga para guru dalam perubahan baru ini.

Menerusi perkongisan seorang pengguna Facebook, Nor Liyana,dia sama sekali tidak menduga tindakannya memberikan peranti kepada anaknya bagi tujuan PdPR berakhir dengan dia kehilangan wang sebanyak RM 2,600 dari dalam akaun.

Semasa PdPR curi-curi ‘main game’

Menurut Nor Liyana yang juga seorang guru, kejadian ini terjadi selepas anaknya secara sorok-sorok menggunakan peranti berkenaan untuk bermain dan berbelanja di dalam online game.

Gara-gara PdPR. Bagi phone kat anak semasa PdPR curi-curi main game. Sampaikan habis duit dalam akaun sebanyak Rm2600 diorang beli game.

Tambah guru ini lagi, dia hanya menyedari perkara tersebut selepas menyemak akaun miliknya yang hanya tinggal RM 2.

Apa yang menghairankanya bagaimana transaksi tersebut boleh berjaya sedangkan dia tidak pernah menerima sebarang nombor Transaction Authorisation Code (TAC) .

“Bila perasan duit hanya tinggal Rm2.00 dalam akaun baru nak cek rupanya selama ni dia beli benda ni. Ya Allah. tak tau nak fikir macam mana? Macam mana boleh beli sedangkan nombor TAC tak sampai. Bila cek dalam gmail baru perasan bil-bil game nih. Semak dgn bank total keseluruhan pembelian Rm2600” tulis nya lagi.

Hasil pengamatan kami pada resit yang dikongsikan, antara pembelian yang dilakukan si anak adalah membeli Robux atau matawang di dalam permaianan Roblox.

Engan perkara sebegini terjadi kepada orang lain, beliau kemudian turut menasihatkan para bapa di luar sana supaya berjaga-jaga dalam memantau anak-anak yang menggunakan telefon bimbit supaya insiden seperti ini tidak terjadi kepada mereka.

Ya Allah dugaan PdPR. Ibu bapa kena ambil tahu ye anak kita main game apa. Tiba-tiba baru teringat kisah Zalina Zainudin yang anaknya beli game sampai 20k.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dan mendoakan agar guru itu terus bersabar di atas ujian tersebut selain memberikan kata-kata semangat terhadapnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.