“Bijaknya Idea”- Tips Gadis Ini Untuk Elak Diganggu Lelaki Miang Ketika Buang Sampah Undang Dekah Netizen
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Siapa sangka, niat hanya ingin membuang sampah di kawasan perumahan bertukar menjadi satu pengalaman cemas apabila seorang gadis diganggu lelaki yang tidak dikenalinya.
Akan tetapi, cara yang digunakan gadis ini untuk melepaskan diri dari ‘diganggu’ lelaki berkenaan mengundang dekah ramai.
Menerusi video yang dikongsi naik oleh seorang gadis bernama @tunefa_ di laman TikToknya, kelihatan dia sedang berkongsi cerita tentang pengalamannya ‘diusik’ lelaki ketika membuang sampah di kawasan perumahannya.
Diganggu ketika buang sampah
Apa yang menghiburkan adalah apabila dia menggunakan cara ‘luar biasa’ untuk melepaskan diri daripada diganggu lelaki itu.
Difahamkan, lelaki yang digelar ‘pak cik’ berkenaan ingin menghantarnya untuk membuang sampah sehingga hampir membukakan pintu di bahagian penumpang untuknya.
Pura-pura jadi hantu
Apa yang menarik perhatian adalah apabila gadis itu terus berkata “pak cik nampak saya?”. Malah, gadis tersebut turut senyum sinis sambil memandang kearahnya sehingga pak cik tersebut dikatakan memecut keretanya sehingga terlanggar bonggol berhampiran.
Ternyata, tindakan gadis itu menarik perhatian ramai sehingga majoriti netizen terhibur dengan kisah yang diceritakan olehnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet turut memuji cara gadis itu berhadapan dengan lelaki miang seperti pak cik tersebut.
Malah, ramai juga yang memuji tindakannya yang pantas untuk berkata sedemikian sehingga lelaki itu takut dan berlaku pergi.
Sehingga artikel ini ditulis, video itu telah viral di laman sosial sehingga mendapat 793.4K views, 127.4K likes dan 7K comments di TikTok.
@tunefa_ Sorry pakcik siapa suruh gataiii sangat 😩 ##takutsaya ##akutakbiasa ##botaklicin
♬ original sound – Faa