fbpx
Now Reading
“Terima kasih pinjamkan dia untukku..” – Ayah Ustaz Ebit Lew Meninggal Dunia

“Terima kasih pinjamkan dia untukku..” – Ayah Ustaz Ebit Lew Meninggal Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekitar minggu lalu, pendakwah dan aktivis terkenal yang baru pulang dari Palestin ada memaklumkan yang dia ada menziarahi ayahnya yang sedang tenat di hospital.

Beliau dalam masa turut berkongsi video sewaktu mengunjungi ayahnya, Ibrahim Lew di sebuah hopsital swasta dipercayai di Kuala Lumpur.

Namun sebentar tadi, beliau telah berkongsi satu khabar duka kepada orang ramai memaklumkan yang ayahnya, Ibrahim Lew sudah pun meninggal dunia.

“Bapak saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia”

“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapak saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia. Ya Allah beratnya rasa ujian ini. I love you bapak. Bapak pergi dulu. Nanti ebit sampai yer. 

“Ya Allah ampunilah bapak. Sayangilah beliau, rahmatilah beliau,hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau. Ya Allah temukanlah bapak dengan mak dekat sana. Letakkanlah mereka bersama. Ya Allah,inilah ayahku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untukku.” tulis Ustaz Ebit.

Jenazah bakal dikebumikan di Muadzam Shah

Menerusi perkongsian tersebut, ustaz Ebit memaklumkan yang dia sedang dalam perjalanan ke Hospital Gleanagle untuk membawa jenazah arwah untuk dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang sebelum dibawa pualng ke Muadzam Shah, Pahang untuk dikebumukan di sana.

Beliau dalam masa sama turut memohon orang ramai untuk menghadiahkan al-fatihah buat ayahnya.

“Saya dalam perjalanan ke Gleanagle Hospital untuk bawa jenazah ayah untuk dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang. Kemudian terus bawa ke Muadzam Shah Pahang.

“Pohon doakan buat ayah saya dan hadiahkan AlFatihah”

Takziah kami ucapkan kepada Ustaz Ebit dan keluarga. Semoga roh arwah ayahnya ditempatkan bersama golongan orang yang beriman.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.