fbpx
Now Reading
“Cuma Nak Tolong Suami..” – Peniaga Jual Nasi Lemak Berlauk RM2, Terima Mesej Ugutan Minta Henti Berniaga

“Cuma Nak Tolong Suami..” – Peniaga Jual Nasi Lemak Berlauk RM2, Terima Mesej Ugutan Minta Henti Berniaga

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka niat seorang wanita untuk menolong suami mencari rezeki telah mengundang rasa tak puas hati peniaga lain.

Tindakannya menjual nasi lemak dengan harga yang murah telah membangkitkan kemarahan, malah dia turut disalah anggap ingin menutup periuk nasi peniaga lain.

“Niat saya cuma nak tolong suami tambah pendapatan, tapi tak sangka pula jadi begini.”

Dapat mesej ugutan

Segalanya bermula apabila peniaga ini yang mesra dipanggil Zainab menerima mesej berbaur ugutan memintanya untuk berhenti menjual nasi lemak kerana harga yang ditawarkan terlalu murah dan memberi impak kepada pendapatan peniaga lain.

Tangkap layar perbualan tersebut kemudian telah dikongsikan menerusi grup Facebook Saujana Utama, Sungai Buloh.

Jual nasi lemak untuk tampung pendapatan

Menurut laporan mStar, dia dan pasangan adalah pesara tentera dimana sebelum ini pernah menjalankan perniagaan sate di Saujana Utama Sungai Buloh. 

Namun semenjak tercetusnya pandemik Covid-19, pendapatannya menerusi perniagaan itu telah berkurang dan terpaksa mengambil langkah membuka gerai nasi lemak pada masa yang sama.

“Sebelum ini saya dan suami hanya jual sate di pasar malam. Tapi faham-fahamlah sejak pandemik ni pendapatan pun tak memberangsangkan.

“Jadi pada waktu pagi saya sediakan sate dan waktu petang pula saya tambah pendapatan dengan menjual nasi lemak di depan rumah.”

Foto: FB Zainab

Tak sangka timbulkan rasa kurang senang peniaga lain

Namun begitu, Zainab terkejut setelah mendapati usahanya menjual nasi lemak murah menyebabkan peniaga lain kurang senang sehingga dia dimarahi menerusi sebuah mesej.

Sekadar mahu tambat hati pelanggan

Situasi tersebut sedikit sebanyak telah mengundang rasa terkejut kerana dia sama sekali tiada niat untuk mencaras perniagaan orang lain.

Baginya, dia merupakan seorang penggemar nasi lemak dan dia tidak suka jika isinya sikit. Jadi dia cuba untuk menambat hati pelanggan dengan menambah udang, paru dan ayam dan dijual dengan harga RM2 kerana dia masih boleh mendapat pulangan.

Foto: FB Zainab

“Saya dan keluarga pun terjejas pendapatan, mana mungkin saya tak fikir keadaan orang lain. Sedih saya bila orang anggap saya begitu sedangkan saya pun nak cari rezeki.

“Tujuan saya tunjukkan foto perbualan tersebut bukanlah untuk membuka aib individu yang pernah marah saya tu. Saya cuma nak minta maaf jika benar ada peniaga yang terjejas pendapatannya kerana saya.”

Tambahnya lagi, dia tidak mahu memanjangkan isu dan menganggap segalanya telah selesai walaupun pengirim mesej tidak meminta maaf.

Foto Kredit: FB Zainab

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.