fbpx
Now Reading
“Habis Ikan Lari”- Gelagat Gadis Memancing Sambil Nyanyi Atas Sampan Buluh Buat Ramai Terhibur

“Habis Ikan Lari”- Gelagat Gadis Memancing Sambil Nyanyi Atas Sampan Buluh Buat Ramai Terhibur

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kalau suka sesuatu lagu, sudah tentu kita akan menyanyikan lagu itu berulang-ulang kali sehingga hafal. 

Apatah lagi, jika lagu kegemaran itu agak rancak dan boleh menjadi hiburan buat diri sendiri.

Memancing sambil menyanyi

Menerusi video yang dikongsikan oleh akaun bernama @nizamshah_roy di Tiktok, ia memaparkan seorang gadis yang menyanyi di atas sampan buluh sehingga menarik perhatian ramai.

Dalam video tersebut,  gadis tersebut dilihat sedang memancing bersama seorang lagi lelaki.

Foto: TikTok

Apa yang menghiburkan adalah gelagat gadis itu yang nampak terlalu asyik menyanyikan lagu tersebut sehingga seperti tidak menghiraukan orang disebelahnya.

Terlalu menghayati

Malah, gadis berkenaan turut menahan jorannya di celah jari kaki kerana mahu menghayati nyanyian lagu itu.

Foto: TikTok

Difahamkan, dia sedang menyanyikan sebuah lagu bertajuk Kucu Kaca nyanyian daripada Lia Aziz yang kini menjadi semakin dikenali daripada drama bersiri Rindu Awak Separuh Nyawa.

Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan telah viral di media sosial sehingga meraih 742.7K views, 55.3 likes dan 2K shares di platform TikTok.

@nizamshah_roy

Kuca kuca gpo ter🤣🤣@wsyamimi12 bate ngail dio xrajin tinggal🙏🏼fyp ko agok2 vd nie

♬ bunyi asal – Aroy_roy

Meninjau ke ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat gadis tersebut.

Malah, ada juga yang bergurau dengan mengatakan ikan akan lari nanti apabila mendengar dia menyanyi dengan kuat.

“Lari ikan kalau macamni”

“Risau kalau tergolek dalam air”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.