fbpx
Now Reading
“Ingatkan Semua Free” – Pemilik Kedai Tergamam, Pelanggan Nyaris Sapu Barang Bukan ‘Food Bank’

“Ingatkan Semua Free” – Pemilik Kedai Tergamam, Pelanggan Nyaris Sapu Barang Bukan ‘Food Bank’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seperti umum ketahui, ramai yang telah tampil untuk memberikan keperluan asas secara percuma kepada golongan yang memerlukan. 

Tambah pula sejak bermulanya kempen bendera putih, kesempatan ini telah digunakan sebaik mungkin untuk menghulurkan bantuan tanpa mengira bangsa, kaum dan juga agama.

Menurut seorang pengguna Facebook lebih dikenali sebagai Muhd Hafiz Zainuddin, dia telah menyediakan food bank di hadapan kedainya buat golongan yang memerlukan.

Pelanggan salah faham

Namun lain pula yang terjadi apabila ada individu yang tersalah faham setiap barangan di dalam kedainya diberikan secara percuma.

Menerusi posting yang dikongsi, dia telah menerima sebuah mesej daripada adiknya mengenai pelanggan yang datang ke kedai dan borong stok bekalan makanan seakan-akan untuk sebulan.

Tanpa berfikir panjang, adiknya mula mengira jumlah harga barangan tersebut sebelum ditegur oleh pelanggan yang kehairanan.

“Eh, kenapa kira… Bukan ini kedai bagi free ke saya tengok iklan.”

Tergamam dengan pertanyaan pelanggan tersebut, dia lantas menerangkan barangan untuk food bank hanya berada di rak hadapan kedai.

Malah jumlah pengambilan turut dihadkan untuk memastikan orang ramai turut dapat merasa.

Setakat ini, tiada sebarang update yang ditinggalkan sama ada pelanggan tersebut membeli atau tidak barangan yang telah diambil.

Walaubagaimanapun, diharapkan agar orang ramai diluar sana untuk tidak mengambil kesempatan atas kesenangan yang telah diberikan. Paling penting jangan sesekali ‘sapu’ barang percuma secara berlebihan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.