Peguam Buat Laporan Polis Terhadap The Rakyat Post & Pengguna Twitter Berhubung Isu Tular ‘Spanish Fly’
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak dua hari lalu, nama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba hangat diperkatakan di media sosial khususnya di Twitter ekoran penularan satu video di mana beliau secara tidak sengaja tersasul menyebut ‘Spanish Fly‘ bagi merujuk kepada sejarah pandemik di dunia suatu masa dahulu.
Menerusi video tersebut, beliau yang berucap dipercayai di sebuah majlis di Universiti Putra Malaysia (UPM), cuba berkongsi kepada hadirin yang hadir di majlis berkenaan beberapa fakta mengenai wabak Spanish Flu yang menyerang dunia pada awal 1900an.
Isu tersebut kemudian mencuri tumpuan netizen dan banyak pihak lain termasuk bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan ramai lagi ahli politik serta aktivis hingga mendapat liputan beberapa portal antaranya The Rakyat Post.
Laporan polis dibuat berhubung isu tersebut
Terbaharu, kami difahamkan satu laporan polis telah di buat oleh seorang peguam bagi pihak Dr Adham Baba ekoran dari penularan video berkenaan.
Menerusi salinan laporan polis yang tular, individu tersebut menamakan beberapa pengguna Twitter yang disifatkannya sengaja menghasut orang ramai dengan berkongsikan video berkenaan selain memuat naik beberapa poster berbaur hinaan yang direka oleh pereka grafik dan aktivis Fahmi Reza.
Malah laporan tersebut turut memetik nama portal The Rakyat Post (TRP) ekoran dari artikel yang dikeluarkan mereka mengenai isu sama yang menurutnya menggunakan ayat sinis seolah dengan sengaja mahu memalukan Menteri berkenaan.
Ruju artikel di sini: #SpanishFly Trends As Health Minister Adham Baba Makes Oopsie At Press Conference
Editor TRP tampil sedia bekerjasama
Ketua Editor TRP, Hamzah Nazari kemudiannya tampil menerusi satu perkongsian di Twitter memaklumkan sedia untuk bekerjasama selepas mendapat maklumat bakal dikunjungi pihak SKMM.
Dia bagaimapun meminta pihak terlibat untuk menggunakan pendekatan ‘lembut’ sekiranya berkunjung ke rumahnya memandangkan dia mempunyai seorang anak kecil dan isteri yang sedang hamil.
“Pape roger” – Fahmi Reza
Malah Fahmi Reza turut memberikan respon berhubung isu berkenaan dengan meninggalkan tweet ringkas “Pape roger”. Malah menerusi satu lagi hantaran dia turut menyatakan kesediaannya untuk ke balai polis untuk membantu siasatan.
Dapat respon dari Menteri KKMM
Ciapan dari Hamzah kemudiannya mendapat respon dari Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin bin Abdullah yang memaklumkan akan cuba meneliti perkara tersebut.
“Maaf saya mungkin tak tahu kejadian penuh tapi akan (cuba) menelitinya,” tulis beliau di akaun Twitter miliknya.
Sebagai rekod Spanish Fly merupakan satu nama umum untuk serangga yang memiliki sifat merangsang seksual. Ini mungkin disebabkan oleh bahan toksik yang dikandunginya iaitu cantharidin.