fbpx
Now Reading
Pernah Jadi Fenomena Dengan Ketahanan 3310, Nokia Bakal Perkenal Peranti Baru Tahan Lasak 27 Julai Ini

Pernah Jadi Fenomena Dengan Ketahanan 3310, Nokia Bakal Perkenal Peranti Baru Tahan Lasak 27 Julai Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja Nokia, pasti semua sudah terbayangkan telefon mudah alih 3310 mereka yang pernah menjadi fenomena di seluruh dunia dan Malaysia suatu masa dahulu.

Bukan sahaja baterinya yang mampu bertahan untuk beberapa hari, daya ketahanannya juga cukup mengagumkan sekaligus menjadikan ia model ‘contoh’ dari aspek ketahanan dan banyak lagi.

Casing? Langsung tak wujud di era kemuncaknya. Malah ramai mengaitkannya dengan ‘penukul’ sehingga wujud puluhan meme yang menggambarkan kehebatannya.

Umpama hammer

Boleh retakkan lantai

Terbaru, Nokia menerusi akaun instagram rasmi mereka mengacah sebuah telefon pintar baharu yang akan dilancarkan pada 27 Julai ini.

Peranti berkenaan yang dilihat mirip X20 dan X10 dengan 4 kamera belakang didalam lingakaran bulat bagaimanapun akan turut memfokuskan aspek ketahanan selain ciri tambahan selain dilengkapi ciri-ciri lain telefon pintar.

Ia boleh dilihat menerusi kapsyen yang dimuat naik mereka dimana peranti ini tidak memerlukan sebarang casing/ kerangka tambahan seperi telefon pintar yang lain.

“Dengan peranti Nokia terbaharu kami, anda kini tidak perlukan casing lagi.”

Menurut GSM Arena, peranti ini berkemungkinan adalah peranti XR20 yang sebelum disenaraikan Geekbench sebagai salah satu model terbaharu Nokia yang belum dipapar kepada umum yang akan dijana dengan cip Snapdragon 480, dan 4GB Ram sama seperti X20 dan X10.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.