fbpx
Now Reading
Youtube Shorts Akhirnya Diperkenalkan Kepada Pengguna Di Malaysia

Youtube Shorts Akhirnya Diperkenalkan Kepada Pengguna Di Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekitar September tahun lalu, Google ada memperkenalkan Youtube Shorts sebagai usaha mereka untuk menyaingi pasaran video pendek yang kini dikuasai aplikasi TikTok.

Namun sewaktu percubaan tersebut, hanya segelintir pengguna di Amerika Syarikat yang berpeluang menggunakan ciri berkenaan sebelum ia secara berperingkat mula digunakan pengguna di negara-negara lain.

Terbaru hari ini, Google secara rasminya telah memperkenalkan Shorts untuk pengguna di Malaysia dan 26 lagi negara.

Dengan ini anda bukan sahaja dapat melihat video-video shorts di Youtube sebaliknya turut menerima akses kepada pelbagai fungsi untuk mencipta Shorts di laman penstriman berkenaan.

Sama seperti TikTok, Youtube Shorts membenarkan anda merakam video pendek, dalam kes ini sehingga maksimum 60 saat dan menyuntingnya dengan menambah masuk gambar, text atau video lain.

Selain itu ada juga boleh mengenakan filter ringkas untuk klip tersebut.

Bagi memudahkan pengguna menjejak dan mengakes Shorts, YouTube telah menambah satu baris baharu di laman utamanya. Dengan fungsi tersebut pengguna boleh meleretkan video Shorts secara menegak untuk menonton video seterusnya.

Malah terdapat butang Shorts bersebelahan butang Menu di ruangan bawah sekiraya anda ingin menonton lebih banyak video Shorts.

Apa yang menarik mengenai Shorts, anda bukan sahaja boleh menggunakan muzik dalam video-videonya, malah anda juga boleh memetik video lain yang terdapat di dalam YouTube.

Dengan fungsi ini anda kini boleh menjadi lebih kreatif dengan merakam reaksi atau membuat parodi atau pun melakonkan semula video YouTube kegemaran anda.

Menarik bunyinya bukan?

Pastikan anda mengemaskini aplikasi Youtube di peranti anda untuk menggunakannya!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.