fbpx
Now Reading
Lelaki Selamba Kutip Durian Penuh Seguni Depan Pemilik Kebun, Dakwa Dah Minta Izin Dengan Pokok

Lelaki Selamba Kutip Durian Penuh Seguni Depan Pemilik Kebun, Dakwa Dah Minta Izin Dengan Pokok

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami


Musim durian akhirnya datang lagi, namun suasana kali ini sama seperti tahun lalu dimana peminat dan ‘hantu durian’ tidak lagi dapat berkumpul di dusun atau makan beramai-ramai di gerai-gerai durian ekoran dari pelaksanaan PKP.

Namun topik kami kali ini bukanlah mengenai hantu durian sebaliknya mengenai perkongsian video seorang pengusaha durian yang berjaya merakam aksi seorang lelaki tidak dikenali yang telah mengutip duriannya di kebunnya.

Menerusi video yang dimuat naiknya di TikTok, lelaki ini dilihat cuba bersemuka dengan individu terbabit sementara menunggu ketibaan polis.

Namun dia dan seorang rakan yang tenang mempersoalkan tindakan lelaki berkenaan yang dilihat terus mengutip durian hingga penuh guni bagaimanapun agak terkejut dengan reaksi selamba lelaki berkenaan.

Malah suara dan gayanya yang ‘membebel’ tanpa henti langsung tidak menggambarkan yang dia cuak atau takut walhal terbukti secara terang-terangan dia telah mencuri hasil buah-buahan orang lain.

“Rakamlah! Rumah aku ada kat situ”

@5752.panglima.kancil

♬ bunyi asal – matros

“Aku rasa dia ‘high’ “

“Rakamlah! Rumah aku kat situ! Jom pergi rumah aku… Sakit kepala aku orang tuduh aku curi durian” antara ungkapan yang dikeluarkan lelaki berkenaan.

Malah dia tanpa sebarang perasaan dilihat berjalan melintasi mereka dengan membawa guni yang penuh durian tadi sambil berterusan meminta mereka untuk mengikutnya pulang kerumah.

Mungkin pelik dengan reaksi laki berkenaan, pemilik kebun berkenaan kemudian memberitahu rakannya yang dia mengesyaki lelaki tersebut mungkin di bawah pengaruh dadah ataupun ubat-ubatan.

“Sudah minta izin dari pokok”

Lebih mencuri tumpuan, apabila lelaki tersebut menerusi satu lagi video mendakwa dia sebenarnya sudah meminta izin, namun bukan kepada pemilik berkenaan sebaliknya kepada pokok-pokok tersebut.

“Aku dah minta izin tadi dengan pokok-pokok itu” sebelum dia berlalu pergi.

@5752.panglima.kancil

♬ bunyi asal – matros

Tindakan lelaki tersebut nyata mengundang pelbagai respon dari orang ramai. Ada yang berpendapat dia mungkin tidak sihat, dan ada juga yang merasakan dia seolah di bawah pengaruh dadah kerana menggunakan alasan yang langsung tidak masuk akal.

Ada juga segelintir yang meluahkan rasa geram dengan tindakannya ‘menjawab’ seperti tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Ramai dalam masa sama turut memuji pemilik kebun tersebut yang disifatkan pemurah kerana tidak menghalang sebaliknya melepaskan individu terbabit begitu sahaja.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.