fbpx
Now Reading
“Macam Mana Dapat Lesen?” – Lelaki ‘Bergelut’ 8 Minit Hanya Untuk Parkir Kereta

“Macam Mana Dapat Lesen?” – Lelaki ‘Bergelut’ 8 Minit Hanya Untuk Parkir Kereta

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Masalah tak pandai parkir kereta ini bukanlah sesuatu yang asing buat para pemandu. Baik lelaki mahupun perempuan, kedua-duanya boleh berdepan dengan perkara ini terutamanya yang baru mendapat lesen.

Iyalah, kalau tak berhati-hati nanti lain pula yang jadi kan?

Tak lepas-lepas nak parkir

Seperti yang dikongsikan di media sosial baru-baru ini, seorang lelaki telah bergelut selama 8 minit di kotak parkir untuk mengundur masuk kereta jenis hatchback jenama Toyota.

Menerusi laporan Daily Mail, kejadian yang berlaku di Ashfort, Kent, England ini berlaku sewaktu saksi sedang berada di balkoni rumahnya. 

Dia kemudian telah membuat rakaman kegigihan pemandu tersebut berulang kali mengundur dan keluar untuk parkir kereta namun tetap gagal.

Ruang parkir dah cukup luas

Situasi tersebut boleh difahami sekiranya kotak parkir itu kecil, tapi terdapat 4 ruang yang cukup luas dan sepatutnya tidak menjadi masalah.

Ujar saksi, situasi sedemikian rupa tidak sewajarnya berlaku dan berharap agar lelaki itu dapat belajar kembali cara untuk parkir kereta dengan betul.

“Memalukan. Tak tahu siapa yang bagi lesen sebab begitu merisaukan.

“Ianya mengecewakan untuk dilihat. Mungkin dia merupakan pemandu yang bagus tetapi cuma tak pandai parkir kereta.

“Nasib baik dia dapat parkir juga akhirnya, tapi selepas itu dia dah tak gunakan kereta. Kalau saya merupakan dirinya, saya akan mendapatkan guru memandu dan cuba kembali.”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.