fbpx
Now Reading
Petugas PPV Hantar Mesej Peribadi Kepada Wanita Sudah Diambil Tindakan

Petugas PPV Hantar Mesej Peribadi Kepada Wanita Sudah Diambil Tindakan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini media sosial hangat memperkatakan mengenai dakwaan beberapa wanita yang mendedahkan menerima mesej ganggunan dari petugas PPV.

Menurut wanita-wanita tersebut, mereka telah menerima mesej berbentuk peribadi dari invididu yang bertugas di sana antaranya melibatkan seorang penjawat awam.

Mula tular dan meraih perhatian orang ramai selepas dikongsikan seorang pengguna Twitter, Idris, isu berkenaan kemudian menjadi lepas hangat selepas beberapa wanita kemudiannya tampil berkongsi pengalaman yang sama.

Menurut Idris, adiknya yang berusia 18 tahun telah menerima satu mesej di aplikasi Whatsapp dari seorang petugas di PPV World Trade Center Kuala Lumpur sebaik pulang dari lokasi berkenaan pada 13 Julai.

Menerusi hantaran tersebut dia turut berkongsi tangkap layar perbualan adiknya bersama lelaki tersebut yang difahamkan seorang anggota keselamatan yang sedang bertugas disana.

Turut berlaku di PPV IDCC Shah Alam

Menerusi laporan Malaysiakini beberapa lagi wanita turut mendakwa diganggu dengan cara yang sama tapi kali ini melibatkan PPV di Ideal Convention Centre (IDCC) di Shah Alam, Selangor pula.

Menurut Ayu Syazreen Azmin, sewaktu hari janji pada 31Mei lalu, seorang petugas di kaunter pendaftaran mula bertanya dan bercakap perkara yang tidak berkaitan dengan vaksinasi Covid-19.

Tidak selesa dengan cara lelaki tersebut dia kemudian berbohong dengan mengatakan yang dia sudah berumahtangga, namun siapa sangka taktiknya tidak menjadi apabila dia kemudiannya  menerima mesej perbualan whatsapp pada hari sama.

Perkara sama turut dialami seorang lagi wanita ditempat yang sama. Dia menerusi satu hantaran di Twitter berharap kesemua mereka yang terlibat dalam hal sebegini dikenakan tindakan yang sepatutnya

“Hai JKJAV (perkara) yang sama berlaku di IDCC Shah Alam.

“Sangat tak profesional untuk curi nombor saya tanpa kebenaran saya!

“Saya harap tindakan disiplin juga diambil. Tiada sesiapa sepatutnya melalui perkara seperti ini,”katanya.

JKJAV ambil maklum. Ada yang sudah dikenakan tindakan tatatertib

Terbaru JKJAV menerusi satu kenyataan balas memaklumkan tindakan tatatertib telah diambil ke atas petugas tersebut oleh agensi individu berkenaan.

TDM turut beri maklum balas

Malah menerusi carian kami, Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi akaun Twitter rasmi mereka turut memberi respon sudah mengambil maklum isu berkenaan dan akan menjalankan siasatan dalaman.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.