fbpx
Now Reading
Video Seram Pengimbas Suhu Berbunyi Sendiri, Namun Komen Netizen Pula Buat Orang Terhibur

Video Seram Pengimbas Suhu Berbunyi Sendiri, Namun Komen Netizen Pula Buat Orang Terhibur

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seperti yang kita ketahui, kerajaan telah menetapkan SOP dimana setiap orang perlu melepasi pemeriksaan suhu badan sekiranya ingin melangkah masuk ke dalam sesebuah premis atau bangunan bagi mengekang penularan Covid-19.

Ia bertujuan untuk mengelakkan orang yang mempunyai gejala memasuki kawasan tersebut dan menjangkiti orang lain.

Pengimbas suhu bunyi sendiri pada waktu malam

Foto: TikTok

Baru-baru ini, viral sebuah video yang memaparkan alat pengimbas suhu berbunyi dengan sendiri di sebuh balai polis sehingga mencetuskan tanda tanya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita bernama @cheqna57 di akaun TikToknya, kelihatan dia yang juga merupakan seorang anggota polis itu sedang bertugas pada syif malam di balai tersebut.

Apa yang menyeramkan adalah alat pengimbas suhu itu berbunyi dengan sendirinya sebanyak tiga kali walaupun tiada orang yang berada di sekitarnya.

Foto: TikTok
Foto: TikTok

Ternyata, kejadian tersebut telah mengundang reaksi takut dan seram sehingga meremang bulu roma. Mana tidaknya, dah lah tengah malam tiba-tiba berbunyi sendiri pula!

Namun begitu, video yang menyeramkan itu menjadi lucu apabila ruangan komen dibanjiri dengan gurauan netizen. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan pendapat yang lucu tentang insiden tersebut.

Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sama dimana pengimbas suhu tersebut berbunyi sendiri dan rupa-rupanya ianya hanyalah disebabkan lalat yang sedang hinggap disitu.

Sehingga artikel ini ditulis, video itu telah viral di laman sosial sehingga ditonton sebanyak 2.8 juta disertai dengan 194 ribu tanda suka dan 8 ribu komen di platform TikTok.

@cheqna57

malam2 ada tamu tanpa diundang…tiga org sekali mai..🥴🥴🥴🥴🤧🤧🤧##esekeli ##seram ##fypシ ##fypppppppppppppppp

♬ original sound – cikna90

“Diorang nak apply surat rentas negeri tu”

“Sekurang-kurangnya dia follow SOP”

“Ikut SOP, kalau tak kena saman”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.