fbpx
Now Reading
PA Ustaz Ebit Lew Buka Mulut Perjelas Isu Caprice Di ‘Block’ Di Instagram

PA Ustaz Ebit Lew Buka Mulut Perjelas Isu Caprice Di ‘Block’ Di Instagram

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kemelut membabitkan pendakwah terkenal ,Ustaz Ebit Lew dan rapper, Caprice sejak semalam hangat diperkatakan di media sosial selepas Caprice mendakwa dia telah disekat dari menghubungi instagram pendakwah berkenaan.

Kejadian ini menurutnya berlaku selepas dia menegur secara peribadi tindakan Ebit Lew dan pasukannya semasa berada di Gaza dan sebaik pulang ke Malaysia.

Caprice turut mendakwa, dia kini sukar untuk masuk ke Gaza ekoran dari ‘lakonan’ photoshoot UEL yang membabitkan seorang kanak-kanak sehingga menjadi pertikaian orang ramai disana.

Malah Caprice turut berkongsi tangkap layar perbualannya bersama Menteri Kanan Luar, Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein dimana usahawan tersebut memohon untuk dibenarkan masuk ke Gaza bagi memperbetulkan apa yang sudah dilakukan pasukan UEL di sana.

Lebih mengejutkan menerusi tangkap layar tersebut apabila timbul perkataan UEL terpaksa ‘melutut’ di hadapan Menteri Gaza ekoran beberapa masalah yang timbul.

Caprice dalam masa sama turut memuat naik foto Pembantu Peribadi (PA) UEL,Arief Farhan  seolah memberi gambaran dia adalah antara individu yang mencetuskan ‘huru-hara’ di sana

PA tampil jawab segala tohmahan terhadap UEL dan dirinya

Enggan berdiam diri dengan tohmahan yang dilemparkan, Arief kemudian menerusi beberapa posting di instagramnya tampil menjawab dakwaan dakwaan tersebut.

Menerusi beberapa klip video penerangan, Arief mempersoalkan jika benar apa yang diperkatakan Caprice yang UEL ada membuat masalah di sana kenapa beliau dianugerahkan Duta Muhibbah Palestine .

Menteri Luar Palestin turut zahir takziah atas pemergian ayah UEL

Malah memperkuatkan lagi kenyataannya, Arief berkata Kementerian Luar Palestin turut menzahirkan takziah di atas pemergian ayah UEL baru-baru ini.

“Salahkah jika UEL beri mainan kepada anak-anak di Palestine? UEL ke sana atas dasar misi bantuan dan sumbangan.

“Hubungan UEL dan Menteri Luar Gaza juga baik-baik sahaja. Terbaru, Menteri Luar Palestine turut beri surat ucapan takziah ketika pemergian ayahanda UEL. Kalau hubungan keruh agak-agak akan terima lagi layanan macam tu semua?” tulis Arief.

Bidas dakwaan melutut dan cium kaki

Dia dalam masa sama turut membidas dakwaan Caprice yang UEL ada memberitahu rapper berkenaan bahawa dia terpaksa melutut untuk keluar dari Gaza.

Malah demi mendapatkan kepastian, dia sekali lagi bertanyakan perkara tersebut kepada UEL yang secara serta- merta menafikannya.

“Dengan nama Allah UEL tidak pernah berbuat demikian. Saya akan beri bukti. Takut saya terlepas pandang saya terus hubungi UEL. UEL sendiri nafikan. Kenapa Cap? Kenapa sanggup fitnah UEL cium dan melutut kaki Menteri Gaza Cap?” tambah Arief.

Menerusi tangkap layar tersebut, Ustaz Ebit secara serta menulis “Takde melutut. Memang taklah” sekaligus menafikan dakwaan berkenaan.

Jawab Isu Block di Instagram

Menjawab mengenai UEL menyekat Caprice, Arief berkata tindakan Caprice sebelum ini memerli UEL dengan menggunakan beberapa perkatan ‘Hero Pulang Malaysia’ ‘Berkopiah putih’ dan sebagainya mungkin membuatkan UEL terasa.

Malah dia mendakwa Caprice juga bertindak sama dengan menyekat akaun instagram orang yang membuat dia terasa.

“Kau yang beri hint perli acah hero pulang Malaysia lah, kopiah putih lah, toys la. Pastu kau cakap siapa makan cili dia terasa pedas. Kau yang start perli-perlu dulu.

“Pokok takkan bergoyang kalau tiada angin. UEL takde usik kau pun. Kau fitnah sindir perli dia memang dia terasa la. Memang patut la kau kena block tu. Kau buat orang sakit hati.”

“Kau pun block juga orang dan komen-komen (dari) orang yang buat kau sakit hati.” tulisnya dalam video penerangan itu lagi

Selain itu dia turut berkongsi perbualan penuh Whatsapp di antara Caprice dan UEL dimana rapper tersebut menurutnya ada juga meminta pendakwah tersebut untuk membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung isu berbangkit di sana.

Sebagai rekod , Caprice sebelum ini memaklumkan akan membuat pendedahan rasmi mengenai apa sebenarnya yang terjadi di Gaza pada 21 Julai ini.

Apa sahaja yang berlaku kami doakan kedua-dua pihak dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik demi kebaikan kita semua. Ini kerana niat mereka sama, misi juga sama, yang membezakan hanyalah pandangan dan pendapat masing-masing.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.