fbpx
Now Reading
“Dia Memang Layak!” – Ramai Setuju Jaguh Berbasikal Negara, Azizulhasni Awang Dapat Gelaran Datuk

“Dia Memang Layak!” – Ramai Setuju Jaguh Berbasikal Negara, Azizulhasni Awang Dapat Gelaran Datuk

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini, jaguh berbasikal negara Mohd Azizulhasni Awang telah dikurniakan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) sekaligus membawa gelaran Dato’.

Menerusi satu kenyataan oleh Setiausaha Dewan Pangkuan Diraja Terengganu Datuk Isa @ Ghazali Endut, pengurniaan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bagi tahun 2021 itu akan berkuatkuasa mulai hari ini.

Jadi pemangkin semangat untuk harungi cabaran olimpik

Berita gembira tersebut turut dikongsikan Menteri Belia & Sukan,  Datuk Seri Reezal Merican menerusi satu hantaran di instagramnya.

Beliau yang menzahirkan tahniah di atas penganugerah tersebut dalam masa sama turut berharap ianya akan menyuntik semangat untuk Azizulhasni di Olimpik nanti.

“Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dato’ Mohd Azizulhasni Awang, Pelumba Trek Berbasikal Negara di atas penganugerahan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu Yang Amat Dihormati (D.P.M.T.) yang membawa gelaran Dato’.

“Semoga penganugerahan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus membawa nama negara ke peringkat yang lebih tinggi di Olimpik Tokyo 2020 ini” kata beliau lagi.

Menerusi laporan BH! pelumba kelahiran Dungun itu sama sekali tidak menyangka mendapat anugerah berkenaan.

Jelasnya,anugerah yang diberikan adalah satu pengiktirafan tertinggi buatnya selepas lebih sedekad menceburi sukan berbasikal.

Dalam pada itu, berita penganugerahan tersebut disambut gembira oleh ramai peminat sukan dan orang ramai dimana rata-rata menyifatkan jaguh basikal yang turut dikenali dengan panggilan ‘Pocket Rocket Man’ itu sememangnya layak menerima penganugerahan berkenaan.

“Well deserved”

Memang patut dia dapat

Meskipun ada beberapa pengguna yang kurang bersetuju dan menyifakannya agak awal, ramai bagaimanapun menyangkal pendapat berkenaan jika diukur dari sumbangan dan rekod beliau didalam bidang berbasikal yang sudah cukup mengharumkan nama negara selama ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.