fbpx
Now Reading
Wanita Gembira Misi Cari Masjid Di Canada Tercapai, Tapi Bertukar Sangsi Selepas Terlihat Satu Poster ..

Wanita Gembira Misi Cari Masjid Di Canada Tercapai, Tapi Bertukar Sangsi Selepas Terlihat Satu Poster ..

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tiada perkara yang lebih menggembirakan bagi setiap muslim yang berkelana di dunia barat selain berjaya menemui masjid atau surau untuk mereka berhimpun dan beribadah.

Perkara sama turut dirasai seorang wanita Malaysia, Azie Clemmensen, 48 yang baru sahaja berpindah dan menetap di Regina, Saskatchewa, Canada bersama suaminya, Aliff Jeremy Clemmensen, 35 sejak awal tahun ini.

Namun kegembiraan mereka sewaktu menemui sebuah masjid disana terbantut sebaik terlihat sebuah poster yang diletakkan di bahagian tepi masjid berkenaan.

Menerusi TikTok, Azie berkongsi beberapa siri video penerangan tentang pengalamannya sewaktu dalam misi pencarian tersebut.

Part 1 Perkara pertama yang saya perlu cari ialah MASJID

“Selepas habis kuarantin, perkara pertama yang saya cari ialah masjid. Gigih saya dan suami google di Internet untuk mencari lokasi masjid.

“Alhamdulillah tiba-tiba nampak satu masjid baru dan yang terbesar di Regina. Yes, ada apartment berdekatan di sana. Cita-cita nak sewa rumah berdekatan masjid. Bersyukur tak henti-henti.

“Cantiknya masjid ini, kebetulan waktu ni lockdown. Kami tidak pasti sama ada masjid dibuka atau tidak. Baca notis di pintu masjid, Alhamdulillah masjid dibuka untuk solat. Kebetulan hari tu solat Jumaat. Sementara nak tunggu solat jumaat, kami jalan di sekeliling masjid dan cuaca sangat sejuk. Ehhh?

“Rasa tak sedap hati”

Mengakui sebenarnya terdapat 4 masjid disana, Azie dan suami bagaimanapun memilih untuk cuba datang ke sini memandangkan masjid ini merupakan masjid terbesar dan juga yang paling baru dibina di Regina.

Namun perasaan teruja mereka sebaik tiba di sini bertukar menjadi rasa sangsi dan tidak sedap hati sebaik melihat mesej dan foto yang tertulis di poster tersebut.

Disebabkan perjalanan yang jauh dan khuatir tidak sempat tiba di masjid lain untuk solat jumaat, Aliff kemudiannya mencadangkan agar mereka berdua tunggu sebentar di sana untuk menunaikan solat jumaat.

Disebabkan ketiadaan internet, mereka juga tidak dapat membuat pencarian tentang siapakah gerangan individu pada poster tersebut sementara menunggu masuknya waktu solat.

Namun mereka menjadi lebih kehairanan selepas melihat hanya beberapa kerat jemaah sahaja hadir disana sedangkan waktu solat jumaat sudah hampir tiba.

Usai solat jumaat, suaminya masuk ke kereta dan memberitahu imam masjid berkenaan ingin berjumpa dengannya.

“Saya dan suami rasa tak sedap hati. Sebenarnya kami ada 4 lokasi masjid tapi disebabkan ini masjid baru dan terbesar di Regina kami mengambil keputusan untuk datang ke sini dahulu.

“Tak sangka perjalanan agak jauh jadi disebabkan takut tak sempat solat jumaat, Aliff beritahu saya “kita cuba dulu masjid ini”

“Kami ni baru saja sampai di Canada, rakan-rakan saya pun tiada yang pernah sampai ke Regina. Banner tu pula saya 1st time tengok. Jadi kami cuba Husnuzon.

“Phone pun tiada internet, kalau tak boleh jugalah google2 tengok siapa orang didalam banner tersebut.

@azieclemmensen

Misi mencari masjid Pt 2. ##malaygirlinregina ##🇲🇾🇨🇦 ##fyp ##fypシ ##rumahAllah

♬ Horror epic suspense movie theme song – Akito orchestra

Dijemput masuk dan di bawa ‘tour’ sekeliling masjid

Mereka berdua kemudian dijemput masuk ke masjid berkenaan. Menurut Azie tujuan mereka ingin berjumpa kedua-duanya adalalah sebagai mengalu-alukan kedatangan mereka disitu.

Masjid tersebut difahamkan lengkap serba serbi baik ruangan solat lelaki dan wanita malahan terdapat ruangan untuk anak-anak bermain. Malah fasilitinya juga lengkap untuk golongan OKU dimana terdapat tangga elektrik untuk kegunaan mereka.

Fasiliti yang lengkap, cukup serba serbi

Selain itu masjid berkenaan turut menyediakan laundry dan bilik untuk menumpangkan sesiapa yang bermusafir di kawasan tesebut. Malah makanan dan minuman juga akan sentiasa terhidang untuk mereka.

Sebelum berangkat pulang pendakwah berkenaan kemudian membawa keduanya melawat ke pejabatnya.

@azieclemmensen

Misi mencari masjid part 3. ##malaygirlinregina ##🇲🇾🇨🇦 ##mencarimasjiddiregina

♬ Horror epic suspense movie theme song – Akito orchestra

Tersilap masjid, rupanya Masjid Ahmadiyyah/ Qadiani

Namun teka teki mereka terjawab sebaik masuk ke bilik tersebut. Rupanya pasangan ini telah tersilap masjid. Masjid yang mereka masuki merupakan masjid untuk golongan yang berfahaman Ahmadiyyah atau Qadiani.

Jelas Azie lagi tujuan mereka memanggilnya ke bilik tersebut juga adalah untuk menghadiahkan buku dan doorgift kepada mereka.

Namun Azie benar-benar bersyukur kerana setidaknya dia turut bersama dalam mencari masjid tersebut kerana jika suaminya datang seorang diri dikhuatiri suaminya yang juga seorang muallaf akan terkeliru.

“Saya bersyukur kerana saya ada bersama2 dengan suami saya waktu datang ke masjid ini. Setidak-tidaknya dia tidak keliru” katanya lagi.

@azieclemmensen

Misi mencari masjid. Finale ##malaygirlinregina ##🇲🇾🇨🇦 ##fyp ##mencarikeredhaannya ##mosque

♬ Anxious horror / suspense theme song – MappoCo

Menyedari yang dia dan suami sudah tersalah masjid mereka kemudian mencuba 3 lagi masjid lainnya dan kini pasangan ini sudahpun bertemu dengan masjid yang sesuai dengan mereka.

Akhirnya jumpa masjid yang sesuai dan ramai jemaah

@azieclemmensen

Masjid di Regina. Ada kongsi Di yt saya. ##malaygirlinregina ##🇲🇾🇨🇦 ##fyp ##fypシ ##mosqu

♬ Epic, cinematic, motivated – Kirill Kharchenko

Apakah sebenarnya ajaran Ahmadiyah/ Qadiani?

Sebagai rekod ajaran ini adalah suatu gerakan Islam yang diasaskan dan diajar oleh Mirza Ghulam Ahmad di India sekitar akhir abad ke-19.

Ajaran beliau sedikit lari dari ajaran islam dimana Mirza mendakwa dia adalah Al-Masih dan Al-Mahdi yang ditunggu-tunggu oleh umat islam.

Menggelarkan pengikutnya sebagai ‘Ahmadi’, Mirza juga turut mendakwa yang dia boleh berkomunikasi dan mendapat petunjuk dari tuhan. Dari situ dia mula mendakwa dia seorang nabi yang dipertanggungjawabkan untuk meneruskan usaha Rasulullah S.A.W.

Sedikit demi sedikit fahaman mereka kemudiannya mula bertebaran ke seluruh dunia termasuk di negara kita dan difahamkan kini berpusat di Masjid Mubarak yang terletak di Tilford, Surrey, United Kingdom.

Namun di Malaysia, gerakan Ahmadiyyah yang lebih dikenali dengan ajaran Qadiani bagaimanapun telah difatwakan sebagai sesat pada tahun 1998.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.