fbpx
Now Reading
Instagram Stories Perkenal Fungsi Terjemah, Mudahkan Pengguna Faham Lebih 90 Bahasa Asing

Instagram Stories Perkenal Fungsi Terjemah, Mudahkan Pengguna Faham Lebih 90 Bahasa Asing

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengguna Instagram pasti tahu yang aplikasi tersebut mempunyai fungsi menterjermah sebarang bahasa asing yang digunakan di ruangan kapsyen IG Feed kepada bahasa yang digunakan.

Bagi mengaktifkannya anda hanya perlu menekan ‘see translation’ yang terletak bersebelahan tarikh manakala untuk menyahaktifnya dengan menekan ‘see original’ di tempat yang sama.

Kewujudan fungsi ini pasti memudahkan anda khususnya jika anda mengikuti seseorang yang bukan berasal dari negara anda baik golongan selebriti, atlet atau page-page antarabangsa.

Namun fungsi itu sebelum ini hanya itawarkan instagram feed dan bukan untuk perkongsian di instagram stories.

Terbaru hari ini, Instagram telah memperkenalkan fungsi sama di Instagram Stories kepada semua penggunanya di seluruh dunia.

Sama seperti IG Feed, Instagram difahamkan akan terus memaparkan See Translation sebaik mereka mengesan anda sedang melihat Stories dari bahasa yang berbeza.

Namun berbeza dari IG Feed, Instagram akan terus menterjemahkan hasilnya bersama bahasa asalnya di bahagian bawah Stories.

Difahamkan ciri terbaharu IG Stories ini boleh menterjemahkan teks lebih dari 90 bahasa. Namun setakat ini, fungsi menterjemah masih belum tersedia untuk menterjermahkan audio. Namun kami yakin sekiranya fungsi tersebut dapat diadakan ia pasti dapat membantu pengguna untuk lebih memahami sesebuah perkongsi di Stories.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.