fbpx
Now Reading
Terhad 2,000 Unit, Proton X70 SE Dilancar Dengan Harga RM123,800

Terhad 2,000 Unit, Proton X70 SE Dilancar Dengan Harga RM123,800

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas hampir sebulan hangat diperkatakan, Proton hari ini secara rasmi melancarkan Proton X70 Special Edition (SE) untuk pasaran tempatan.

Menerusi majlis yang berlangsung secara dalam talian di laman Facebook rasmi mereka tengahari tadi, Proton turut mengumumkan harga jualannya iaitu RM123,800 ( harga atas jalan tidak termasuk insurans dan sudah termasuk potongan khas cukai Pemerkasa+ hingga hujung tahun ini)

Bagi model edisi khas ini, hanya 2,000 yang akan dihasilkan dengan penawaran dua pilihan warna iaitu Ruby Red dan Ocean Blue.

“Ia ditawarkan dengan warna baharu iaitu ‘ocean blue’ dan ‘ruby red’ dan juga mempunyai atap, spoiler belakang dan cermin pintu yang diwarnakan hitam serta reka bentuk baharu ‘sport rim’ 19 inci.

“Lambang SE eksklusif juga dipasang pada bahagian belakang sebagai sentuhan terakhir”

Antara ciri X70 SE ialah :

– Dilengkapi enjin 1.8L TGDi
– Ditawarkan dalam dua warna baharu Ocean Blue dan Ruby Red
– Bahagian bumbung, spoiler dan cermin belakang berwarna hitam
– Rim aloi bersaiz 19-inci (sama seperti rekaan rim pada Geely Bo Yue PRO
– Kemasan dalaman upholsteri hitam pada tempat duduk, kemasan pintu dan tempat letak tangan.
-Dilengkapi dengan Sistem Penulenan Udara Pintar PROTON (P-IAPS

Selain ciri-ciri tersebut turut dilengkapi ciri keselamatan termasuk enam beg udara SRS dan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), di samping Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) dan Kamera 360.

X70 SE kini boleh ditempah secara dalam talian daripada harga serendah RM99 di sini atau copy paste link di bawah ke browser anda :

https://www.proton.com/en/find-a-car/protonx70/online-booking

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.