fbpx
Now Reading
Akui Takut Makanan Pedas, Tapi Reaksi Katy Perry Selepas Makan Pulut Kuning Rendang Itik Buat Ramai Bangga [Video]

Akui Takut Makanan Pedas, Tapi Reaksi Katy Perry Selepas Makan Pulut Kuning Rendang Itik Buat Ramai Bangga [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan kepelbagaian kaum dan latar belakang rakyat di Malaysia menyebabkan ‘lahirnya’ bermacam aneka hidangan makanan di negara.

Kelebihan ini menyebabkan ramai orang di luar sana menganggap negara kita sebagai syurga makanan baik dari makanan moden mahupun makanan tradisional.

Bercerita tentang makanan tradisional, antara makanan yang sering dikaitkan dengan identiti rakyat Malaysia atau masyarakat melayu pastinya rendang. Tidak kira jenisnya baik rendang daging, ayam, itik atau sebagainya, makanan ini pasti menyelerakan jika dijamu dengan nasi, ketupat atau pulut kuning.

Baru-baru ini, Saluran Lifetime telah mengeluarkan episod khas (EP24) MasterChef Australia S12 yang telah menampilkan penyanyi antarabangsa, Katy Perry sebagai juri khas.

Tema yang diangkat bagi episod khas tersebut pula ialah Hot ‘N’ Cold yang diambil bersempena tajuk single penyanyi itu sendiri.

Yang menariknya bersempena dengan tema tersebut, seorang pesertanya, Poh Ling Yeow, telah menyediakan hidangan menu rendang kepada barisan juri termasuk Katy Perry.

Peserta kelahiran Malaysia tapi menetap di Australia

Poh yang merupakan chef di Australia difahamkan lahir di Malaysia sebelum berpindah ke sana bersama keluarganya sewaktu berumur 9 tahun.

Berbekalkan pengalaman dan latarbelakangnya membesar dengan makanan Malaysia, Poh kemudian mengggabungkan elemen tradisional Malaysia dengan teknik moden yang digambarkannya sebagai “Malaysian flavors using very traditional elements in a modern way.” dalam menghasilkan rendang itik dan pulut kuning.

Ia dapat dilihat pada hasilnya dimana dia membalut rendang itik tersebut bersama pulut kuning dan juga roti jala pandan.

Makanan ‘pedas’ tersebut kemudian disajikan dengan timun manis dan cili jeruk bagi mencipta kelainan. Katy Perry yang melihat dekorasi makanan tersebut kemudian berkata makanan tersebut meningatkannya pada Burrito, makanan tradisional Mexico.

Tonton bahagian tersebut di bawah :

Mengakui agak gementar kerana dia secara peribadiya tidak menyukai makanan berasaskan itik, Katy yang memberikan reaksi pelik pada suapan pertama bagaimanapun mengejutkan orang ramai apabila dilihat seakan tidak dapat berhenti menikmati kesedapan rendang tersebut.

Malah juri lain turut menyifatkan kombinasi makanan yang dihasilkan Poh adalah menakjubkan dan cukup dari semua elemen untuk cabarang minggu itu.

Katy Perry nak habiskan rendang

Lebih menghiburkan orang ramai apabila Katy dilihat menghalang Poh dari cuma mengambil baki makanan tersebut kerana dia menggemarinya dan mahu menghabiskan kesemua makanan tersebut.

“Dont touch it, back away” kata Katy dengan nada gurauan kepada Poh

Dijengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dari Malaysia  dengan kejayaan Poh memuaskan hati kesemua juri termasuk Katy Perry dengan memperkenalkan hidangan rendang itik bersama pulut kuning kepada mereka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.