fbpx
Now Reading
Seram! Lelaki Rakam Kereta Mainan Di Koridor Gerak Sendiri Jam 12 Malam [Video]

Seram! Lelaki Rakam Kereta Mainan Di Koridor Gerak Sendiri Jam 12 Malam [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Alam ghaib sememangnya diakui wujud namun ianya dikatakan  terselindung di sebalik pandangan kita sebagai manusia biasa. Malah sebagai orang islam kita dituntut mempercayai kewujudan perkara tersebut dengan syarat tidak sampai ke tahap melakukan perbuatan syirik, khurafat dan tahyul.

Yang pasti ramai berharap agar mereka tidak ditemukan atau berselisih dengan perkara-perkara sebegini kerana khuatir yang mereka pasti ‘tumbang’

Namun lain pula buat seorang pemuda ini apabila dia bukan sekadar tenang malah berani merakamkan kejadian mistik dimana dia terlihat dua kereta mainan kanak-kanak bergerak sendiri secara tiba-tiba dihadapannya.

Menerusi TikTok,  Muhamad Asraf yang sedang berjalan seorang diri di kaki lima sebuah apartment dipercayai berhampiran rumahnya tiba-tiba ‘bertembung’ dengan dua buah kereta mainan yang bergerak sendiri.

Kejadian pada jam 12 malam

Lebih menakutkan kearna insiden tersebut difahamkan berlaku sekitar jam 12 malam.

“Bayangkan hari Jumaat pukul 12 malam dalam perjalanan nak balik rumah di Blok B, nak balik ikut lif tapi ada si adik dua orang,” tulisnya rignkas sebagai kapsyen.

@muhamadasraf3

Bayangkan hari jumaat pkul12am nk balik rumah block B nk blik ikt lift tapi ad si adk 2 org ##Videoleap ##fyp ##seram ##indonesia ##malaysia ##fypシ ##virall

♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Enggan ambil pusing dengan ‘gangguan’ tersebut, dia yang masih merakam kemudiannya berjalan melintasi kedua-dua mainan berkenaan sebelum video tersebut ditamatkan.

Dia nak main-main ke tu?

“Dia nak main-main ke tu? Hai budak kecil comel. Abang tumpang lalu ye nanti sambung main kat taman” tulisnya didalam video tersebut.

Dia dalam masa sama turut menafikannya ianya disebabkan angin, kerana menurutnya jika ditiup angin pasti semua mainan bergerak.

Meskipun tidak dapat dipastikan kesahihan video tersebut, namun ianya telah menarik perhatian orang ramai sehingga tular di media sosial.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi dan komen dari pengguna TikTok. Ada yang memuji keberanian pemuda tersebut dan ada juga yang mendakwa anak mereka turut berkata nampak dua ‘budak kecil’ sedang bermain.

Tidak kurang juga yang mendakwa insiden tersebut adalah ‘terancang’ dengan menggunakan benang

Setakat artikel ini ditulis, video ini telah ditonton sebanyak 1.5 juta kali, 64.5k tanda suka dan 3886 komen

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.