fbpx
Now Reading
Universiti Di UK Tawar RM58,000 & Penginapan Percuma Jika Pelajar Tangguh Belajar 1 Tahun

Universiti Di UK Tawar RM58,000 & Penginapan Percuma Jika Pelajar Tangguh Belajar 1 Tahun

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bunyi macam pelik bukan? Tapi itu yang terjadi di England, United Kingdom apabila sebuah universiti terkenal di sana menawarkan wang sebanyak £10,000 atau bersamaan RM58,000 jika ada bakal pelajarnya menangguhkan pelajaran selama 1 tahun.

Bukan itu sahaja, University of Exeter turut menawarkan penginapan percuma selama setahun selain dijanjikan kemasukan bagi sesi 2022 buat para pelajar perubatan yang sepatutnya menyertai mereka bagi intake 2021 yang akan bermula tidak lama lagi.

Menerusi laporan BBC, tawaran tersebut yang hanya dibuka kepada pelajar perubatan di universiti ke- 26 terbaik di UK itu disebabkan angka permohonan untuk menyertai kursus perubatan di sana telah meningkat sebanyak 20% bagi tahun ini.

Justeru bagi mematuhi peraturan jumlah kemasukan, pegawai universiti yang terletak di Devon, South West England tampil dengan cara yang berbeza iaitu membuat tawaran berkenaan kepada bakal graduan mereka.

Penginapan percuma selama 1 tahun turut diberikan kepada pelajar yang menerima tawaran penangguhan berkenaan Foto : University of Exeter

Jadi pilihan pelajar perubatan

Menurut Prof. Mark Goodwin, Timbalan Naib Canselor University of Exeter, untuk tahun ini, fakulti perubatan telah menerima peningkatan yang signifikan dimana bakal pelajar menjadikan universiti mereka sebagai pilihan utama bagi bidang perubatan.

Namun disebabkan terdapat kuota jumlah yang ditetapkan kerajaan bagi memastikan semua pelajar di universiti tersebut mendapat pendidikan yang sempurna, mereka tiada cara lain selain menawarkan ‘pakej’ tersebut.

Difahamkan kesemua pelajar diberikan masa sehingga 30 Julai ini untuk membuat keputusan sama ada mengambil tawaran berkenaan atau meneruskan pengajian mereka bagi tahun ini.

Kebiasaannya para pelajar di universiti tersebut perlu membelanjakan hampir £6574 (RM38,000) hingga £7,611 (RM44,225) setahun hanya untuk penginapan di kampus tersebut.

Dengan pengecualian pembayaran penginapan selain wang tunai sebanyak £10,000, kami yakin pasti ramai yang tidak akan melepaskan peluang berkenaan.

“We want to deliver a really high quality student experience, and deliver those safe and secure NHS placements so we can train the number of doctors the government asks us to train.”

Prof. Mark Goodwin

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.