fbpx
Now Reading
“Tengok Siapa Didepan” – Aktivis Perli Netizen Malaysia Selepas Israel Raih Pingat Pertama Di Olimpik Tokyo

“Tengok Siapa Didepan” – Aktivis Perli Netizen Malaysia Selepas Israel Raih Pingat Pertama Di Olimpik Tokyo

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/nratkk/status/1419124402080280579

Umum pasti mengetahui negara kita tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel malah tidak pernah mengiktiraf mereka sebagai sebuah negara.

Selain itu tindakan kejam rejim Zionis tersebut terhadap penduduk Palestin menyebabkan segaa perilaku mereka kurang disenangi majoriti rakyat Malaysia.

Ketegangan di antara Malaysia dan rejim zionis tersebut memuncak ekoran dari serangan mereka ke atas Gaza pada Mei lalu menyebabkan ramai rakyat Malaysia bersama rakyat Indonesia melancarkan perang siber terhadap mereka hingga menyebabkan ramai rakyat mereka ‘Koyak’

Terbaru, selepas hampir dua bulan isu berkenaan reda, seorang aktivis dari sana dilihat seolah cuba memulakan kembali ‘sengketa’ mereka dengan rakyat Malaysia.

Namun kali ini bukan membabitkan isu di Gaza, sebaliknya memperlekeh negara kita selepas kontijen mereka berjaya memenangi satu pingat gangsa di Sukan Olimpik Tokyo 2020 menerusi sukan Taekwando.

Lebih mencuri tumpuan, mereka seolah bangga dengan pencapaian mereka walhal temasya berprestij tersebut baru sahaja bermula.

Perkongsiannya yang membanding secara 1-1 antara Israel dan Malaysia seolah menampakkan mereka sememangnya tidak gemar dengan rakyat Malaysia ekoran beberapa isu berbangkit sebelum ini.

Namun perkongsian tersebut seolah dipandang sebelah mata oleh tentera bawang kita memandangkan ramai menyifatkan terlalu awal untuk membuat perhitungan.

Malaha ada yang dilihat memulangkan buah paku keras dengan membuat perbandingan mengugunakan rekod olimpik terdahulu.

Tak boleh kalah kan Malaysia di Rio 2016

Baru hari pertama

Anda terlalu obses dengan Malaysia

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.