fbpx
Now Reading
Wajah Tampan Atlet Renang Malaysia, Welson Sim Buat Netizen China & Thailand ‘Cair’

Wajah Tampan Atlet Renang Malaysia, Welson Sim Buat Netizen China & Thailand ‘Cair’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bergelar pengguna aktif media sosial, anda pasti perasan ketika ini topik paling menjadi perhatian pastinya berkisarkan Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang sedang berlangsung sejak beberapa hari lalu.

Dari isu soal busana yang dipakai oleh para atlet Malaysia sewaktu majlis perasmian hinggalah ke prestasi semasa atlet-atlet negara, pelbagai topik di bincangnkan sesama netizen sebagai tanda sokongan mereka kepada kontijen negara.

Namun disebalik temasya berprestij tersebut, siapa sangka ketampanan atlet renang negara, Welson Sim menyebabkan namanya hangat diperkatakan di media sosial bukan sahaja oleh netizen di Malaysia malahan di beberapa negara seperti China & Thailand.

Mula menjadi bualan selepas turut menyertai acara perbarisan sewaktu perasmian Olimpik, populariti Welson Sim terus meningkat naik apabila latar belakang dan foto-fotonya mula bertebaran di kalangan netizen di China dan Thailand

Yang menariknya tumpuan tersebut menyebabkan akaun instagramnya kini turut menjadi sasaran netizen dari kedua-dua negara. Dapat dilihat  menerima foto terbaru yang dimuatnaiknya dimana posting tersebut lebih banyak menerima tanda suka dan komen berbanding posting sebelumnya.

Sebagai rekod,  reputasi Welson didalam sukan renang semakin melonjak selepas berjaya memenangi emas pertamanyadalam acara 400 meter gaya bebas di Sukan SEA Kuala Lumpur pada 2017.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.