fbpx
Now Reading
“Dah Macam Divergent”- Video Tren LRT Bergerak Laju Dengan Pintu Terbuka Tarik Perhatian Ramai

“Dah Macam Divergent”- Video Tren LRT Bergerak Laju Dengan Pintu Terbuka Tarik Perhatian Ramai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda meminati filem Divergent, pasti anda perasan ada babak dimana pintu tren yang digunakan mereka terbuka walaupun sedang bergerak.

Namun bagaimana jika ianya terjadi di dunia nyata? Dengan kelajua yang boleh tahan.. terbuka pula di dua dua belah.. Mesti cuak kan?

Itu yang dialami seorang wanita dan beberapa lagi penumpan tren LRT pagi tadi selepas tren yang dinaiki mereka bergerak dengan pintu yang masih terbuka.

Wanita tersebut kemudiannya merakamkan insiden berkenaan dan memuatnaiknya ke akuan Twitter miliknya.

“Tba-tiba saya saya rasa macam dalam (filem) Divergent. Apakah ini? “

Menerusi video tersebut, wanita berkenaan jelas terlihat panik sambil merakamkan insiden disekelilingnya.

Ramai yang bersetuju dengan wanita tersebut dan menyifatkan ianya sama seperti dalam filem Divergent.

Namun ramai juga yang meluah rasa seriaumereka apabila melihat apa yang terjadi.

Rapid KL mohon maaf

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menerusi Rapid KL kemudiannya memohon maaf kepada orang ramai ekoran dari insiden berkenaan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan mereka RAPID KL, pihaknya mengambil serius insiden yang berlaku dan melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian

“Insiden melibatkan LRT Aliran Kelana Jaya ketika tren itu berlepas daripada Stesen LRT Ara Damansara menuju Stesen LRT Lembah Subang telah dikenalpasti secepat mungkin.

“Pusat Kawalan Operasi turut menghentikan perkhidmatan tren itu dalam masa kurang daripada dua minit dan menghantarnya ke depot untuk pemeriksaan segera,” katanya tadi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.