fbpx
Now Reading
Staf KKM Jawab Persoalan Lana Nodin Kenapa Ada Petugas Tak Pakai PPE Semasa Urus Jenazah

Staf KKM Jawab Persoalan Lana Nodin Kenapa Ada Petugas Tak Pakai PPE Semasa Urus Jenazah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rakyat Malaysia sejak semalam hangat memperkatakan mengenai satu video yang dimuat naik pelakon, Lana Noddin memperlihatkan seorang lelaki berbaju hitam yang merupakan petugas di KKM hitam telah masuk ke ruangan menempatkan mayat di dalam lori tanpa memakai PPE.

Dia dalam masa turut mempertikaian tindakan lelaki berkeanan selain meragui kaedah yang digunakan Kementerian Kesihatan dalam menangani penularan wabak Covid-19.

Kritik Dr Hisham

Tindakan Lana bagaimanapun dikecam selepas dia turut mengkritik DG Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham yang menurutnya hanya ‘bersandiwara’ selepasa beliau sendiri dilihat tidak memakai pelitup muka di dalam pejabatnya berbanding bertutup lengkap semasa bersidang media mengenai pandemik.

Dia sebelum ini turut mendakwa segalanya adalah lakonan DG Hisham dan meminta beliau untuk meletakkan jawatan.

“Hebat lakonan. Kalah drama Melayu dekat slot Samarinda. Hebat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Tahniah DG. Awak ini sepatutnya letak jawatan.

“Tak habis-habis buat muka kesian dan menangis penat. Tapi semua itu berlakon sahaja!” tulisnya dalam InstaStory.

Staf KKM tampil perjelas

Enggan isu tersebut disalah erti, seorang petugas KKM, Mat Yoe yang bertugas mengendalikan jenazah pesakit Covid-19 kemudiannya tampil menjelaskan isu berkenaan.

Menurut Mat, video yang tular tersebut adalah video sewaktu proses memindahkan jenazah pesakit Covid-19 dari lori ke dalam kontena.

Memandangkan lelaki tersebut tidak menyentuh jenazah, jadi tiada keperluan untuknya memakai PPE. Namun menurutnya, inidivu tersebut sepatutnya menggunakan apron seperti anggota lain.

Dia dalam masa sama turut meminta orang ramai melihat foto profilnya dimana dia dilhat tidak mengenakan PPE sewaktu pengebumian jenazah pesakit Covid-19. Ini kerana dia langsung tidak menyentuh jenazah.

Mat Yoe turut menjawab persoalan orang ramai kenapa hanya lelaki tersebut yang tidak mengenakan PPE berbanding petugas-petugas lain.

Menurut Mat baju biru yang digunakan petugas lainnya juga sebenarnya bukanlah baju PPE sebaliknya ia adalah baju hospital. Mereka sebaliknya hanya menggunakan apron, mask dan cover head.

Risiko jangkitan adalah rendah

Tambahnya lagi, jenazah pesakit Covid-19 semua sudah dibalut dengan plastik sebelum dimasukkan ke dalam body bag justeru risiko jangkitan adalah rendah.

Namun menurutnya, mendedahkan diri kepada jangkitan adalah salah dari segi undang-undang kerana melanggar SOP.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.