Pelajar UiTM Raih Tempat Pertama Di Dunia Dalam Peperiksan ACCA

Tahniah kami ucapkan kepada pelajar Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Hannah Mumtazah Ahmad Murshidi yang mendapat tempat pertama di Malaysia dan dunia bagi kertas Financial Management (FM) dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) sesi Jun 2021.

Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi satu perkongsian di Facebook memaklumkan Hannah turut cemerlang dalam kertas Strategic Business Reporting (SBR) apabila meraih tempat pertama di Malaysia dan kedua di dunia dalam peperiksaan yang sama.

“Beliau merupakan alumni Program Matrikulasi KPM Jurusan Perakaunan Profesional “(JPPro) Kohot 1 Sesi 2018/2019 yang merupakan kolaborasi antara KPM, UiTM dan ACCA.

“Beliau kini sedang mengikuti Pengajian Perakaunan Profesional di Jabatan Pengajian Perakaunan Profesional, Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam” menurut kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu Koordinator Komunikasi Korporat Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Siti Aisyah Kamaruzaman dalam satu kenyataan berkata disiplin diri serta kekuatan mental merupakan cabaran terbesar yang dihadapi Hannah Mumtazah sepanjang pembelajaran atas talian.

Namun kejayaan Hannah Mumtazah adalah disebabkan pengurusan masa yang baik dalam memastikan sesi ulangkaji dapat diatur dengan sebaiknya.

“Beliau yang bercita-cita untuk menjadi akauntan bertauliah berasa sangat bersyukur atas sokongan padu yang berterusan daripada ibu bapa, guru dan pensyarah.

“Ini menguatkan lagi semangat beliau walaupun berdepan cabaran sepanjang proses pembelajaran atas talian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan  Hannah masih mempunyai tiga lagi kertas sebelum menamatkan pengajian beliau dan mendapat kelayakan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago