fbpx
Now Reading
Selepas Algeria, Kini Atlet Judo Sudan Pula Tarik Diri Dari Olimpik Kerana Enggan Bertemu Israel

Selepas Algeria, Kini Atlet Judo Sudan Pula Tarik Diri Dari Olimpik Kerana Enggan Bertemu Israel

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas penarikan diri oleh atlet Judo Algeria, Fethri Nourine, yang enggan bertemu wakil mereka Tohar Butbul, Israel sekali lagi terus ‘dimalukan’ dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila wakil Sudan, Mohamed Abdalrasool pula bertindak menarik diri dipercayai dengan alasan sama.

Menurut Jawatankuasa Olimpik Tokyo, Mohamed tidak hadir ke gelanggang untuk berentap dengan Tohar Butbul dalam pusingan 32 kategori 73kg biarpun sebelum itu sudah turun untuk sesi timbang berat.

Persekutuan Judo Antarabangsa juga masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai penarikan diri atlet ranking ke-469 itu, begitu juga pegawai Olimpik Sudan.

Terdahulu wakil Algeria, Fethi Nourine, yang menarik diri kini sudahpun diarahkan pulang dan bakal dkenakan penggantungan oleh Persekutuan Judo Antarabangsa.

Mengikut jadual, Nourine sepatutnya berdepan Abdalrasool dalam pusingan kalah mati terlebih dahulu sebelum bertemu Butbul namun dia nekad mengabaikan misinya di Tokyo demi memberikan sokongan penuh buat Palestin.

Dia kemudian memberitahu TV Algeria bahawa dia tidak mahu tangannya kotor dan menarik diri adalah tindakan yang betul.

“Kami telah bekerja keras untuk lolos ke temasya tersebut, tetapi perjuangan Palestin lebih besar daripada semua itu.

“Kedudukan saya konsisten dalam isu Palestin, dan saya menolak normalisasi, dan jika saya tidak hadir dalam Sukan Olimpik, Tuhan tidak akan menghukum.” katanya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.