fbpx
Now Reading
Tak Sampai Sebulan Dibuka, Phuket Kini Catat Peningkatan Kes Covid-19

Tak Sampai Sebulan Dibuka, Phuket Kini Catat Peningkatan Kes Covid-19

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekitar awal Julai lalu, Phuket, pusat peranginan terkenal di Thailand telah dibuka semula untuk pelancong asing yang sudah lengkap divaksin tanpa perlu menjalani kuarantin wajib.

Pembukaan tersebut yang dinamakan Phuket Sandbox mendapat sambutan hangat dari pelancong luar antaranya Israel, UAE, Qatar, dan Singapura selepas lebih setahun sempadan negara mereka ditutup.

Foto : ThaiEmbassy.com

Ia boleh dilihat apabila dat menunjukkan lebih 278,623 tempahan bilik sudah dilakukan setakat Julai hingga September ni.

Namun tidak sampai sebulan dibuka, inisiatif Phuket Sandbox yang padal awalnya diharapkan dapat memberikan sinar buat industri pelancongan di sana yang terjejas teruk telah menyaksikan peningkatan kes COVID-19.

Angka kes juga agak membimbangkan apabila, Statistik dari Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) menunjukkan, satu-satunya kawasan zon kuning di negara itu terus mencatatkan peningkatan dimana setakat minggu lepas sahaja, (19-25 Julai) terdapat 79 kes baharu dikesan.

Malah jumlah jangkitan setakat dua hari pertama minggu ini iaitu 26 hingga 27 juga merungsingkan apabila sudah merekodkan 54 kes baharu.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang sudah dirawat di pulau berkenaan meningkat kepada 191 orang seperti dilaporkan Bangkok Post

Angka ini jauh lebih tinggi dari jangkaan kerajaan Thailand yang sebelum ini menegaskan mereka akan menangguhkan program tersebut sekiranya terdapat lebih 90 kes dilaporkan dalam seminggu.

Sehubungan itu, kerajaan Phuket dalam usaha mereka menyelamatkan inisiatif tersebut telah mengetatkan SOP di sana antaranya dengan menutup institusi pendidikan, pusat beli belah, serta melarakan perhimpunan melebihi 100 orang.

Foto : The Thaiger

Menurut Gabenor Phuket, Narong Woonciew penutupan sekolah akan dilakukan sehingga 16 Ogos manakala pusat pelancongan seperti pusat beli-belah dan tempat sukan ditutup sehingga 2 Ogos.

Difahamkan, peningkatan kes COVID-19 disana disebabkan rakyat tempatan berduyun memasuki pulau itu dalam usaha mereka mencari pekerjaan sedangkan majoritinya masih lagi belum mendapatkan suntikan vaksin. 

Sebagai rekod, sejak dibuka 1 Julai lalu, sejumlah 11,806 pelancong asing telah memasuki pulau itu dengan 26 daripadanya disahkan positif COVID-19 pada 26 Julai.

Foto header : TripAdvisor

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.