fbpx
Now Reading
Video Usahawan Malukan & Biadap Terhadap Warga Emas Buat Netizen Berang

Video Usahawan Malukan & Biadap Terhadap Warga Emas Buat Netizen Berang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/frhhzfl/status/1420238271989239812

Hari ini media sosial hangat memperkatakan mengenai seorang lelaki yang difahamkan seorang usahawan, selepas tular satu video memperlihatkan dia ‘menasihati’ seorang warga emas dengan nada biadap.

Menerusi video tersebut, dia dilihat menggunakan kata-kata yang sedikit kurang sesuai  kerana memperkecilkan warag emas tersebut dan golongan yang hidup sukar dengan mengaitkan masa lampau mereka.

“Umur berapa? Saya tanya masa muda dulu menyesal tak (bila) tak buat betul-betul. Masa muda dulu menyesal tak banyak main, banyak tak buat betul-betul malas. Menyesal tak?

“Pernah tak you all wish one day, tak kisah la agama you pray to God, “God show me the way how I want to change my life”. Pernah tak? Today God send me to help you.i” kata usahawan berkenaan.

Menerusi penerangan didalam video tersebut, video itu asalnya dimuat naik sendiri usahawan berkenaan di Insta Stories miliknya sebelum dipadam. Namun, ia sempat dimuat turut oleh pengikutnya.

Penularan video tersebut menimbulkan kemarahan netizen yang menyifatkan dia sebagai biadap dan langsung tiada rasa hormat terhadap orang yang lebih tua.

Menerusi maklumbalas di Twitter, video berkenaan dirakam di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur, namun tiada maklumat lanjut mengenai tarikh ianya dirakam.

Lebih menimbulkan persoalan ialah tindakan individu berkenaan tidak mengenakan pelitup muka ketika memberikan ucapan sedangkan mereka di tempat awam.

Malah pengacara, Iesya Toh turut berkongsi video berkenaan dan meminta PDRM untuk menyiasat individu berkenaan ,

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.