fbpx
Now Reading
Atlet Israel Mohon Maaf Selepas Video Mereka Rosakkan Katil ‘Anti-Seks’ Dikritik Hebat Di Jepun

Atlet Israel Mohon Maaf Selepas Video Mereka Rosakkan Katil ‘Anti-Seks’ Dikritik Hebat Di Jepun

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/HirokoTabuchi/status/1420533538391199745https://twitter.com/nanyjharon/status/1420585011678416896

Ramai pasti bersetuju kalau kami katakan Olimpik Tokyo 2020 kali ini dilihat berbeza dari pelbagai sudut ekoran dari penularan wabak Covid-19.

Dari isu ketiadaan penonton termasuk sewaktu acara pembukaan, banyak lagi perbezaan ketara dilihat di sana antaranya kewajipan menggunakan mask dan yang paling utama penyediaan katil kadbod kitar semula untuk atlet yang didakwa mereka sebagai katil ‘anti maksiat’

Meskipun sudah diperjelaskan yang ia sebenarnya hanyalah untuk kitar semula dan mampu menampung berat lebih dari seorang, timbul pula isu lain membabitkan katil kadbod ini apabila tular satu video memperlihatkan 9 atlet besbol Israel melompat di atas katil berkenaan sehingga rosak.

Mula di muat naik seorang atlet mereka, Ben Wanger di TikTok, video berkenaan kemudian mula tular sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan netizen jepun.

Menerusi laporan Japan Today yang memetik portal tempatan, video tersebut kemudiannya dibuang oleh Ben selepas mendapat arahan dari Komiti Olimpik Israel. Namun ianya tidak cukup untuk menenangkan kemarahan netizen disana.

” Ia tidak kelakar langsung. Sebagai seorang rakyat Jepun, ia membuatkan saya sedih” kata seorang netizen .

” Saya tak faham kenapa ada orang yang sanggup menghancurkan barangan yang dimiliki orang lain” kata seorang lagi netizen.

Namun dalam masa sama ada juga yang mengganggap ia tidak menyalahi undang-udang memandangkan katil tersebut akan di kitar semula sebaik Olimpik sampai ke penghujungnya.

Mohon maaf pada orang ramai

Menyedari tindakannya dan rakan-rakan lain lebih banyak menimbulkan rasa tidak selesa dan tidak puas hati di kalangan orang ramai, Ben kemudiannya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada orang ramai.

Menerusi tiktoknya, Ben membuat permohonan maaf mewakili kesemua rakannya dan menjelaskan dia tidak mempunyai niat tidak baik sebaliknya hanya untuk membuktikan betapa kukuhnya katil kadbod tersebut.

“Many of you have seen the post I posted, in which my friends and I jump on one of the cardboard beds in the Olympic Village and I would very much like to apologize for posting the video to anyone affected by this video.

“We meant no disrespect and just wanted to show off how effective and sturdy the beds are in the olympic village.

“We had an extra bed to use and we were told that all the beds would be recycled after the games anyway, so the bed in the video will also be recycled, and in fact we enjoy sleeping on these beds, this is a great option for the next Olympics.

“We apologize again to everyone who was hurt. Japan has done a great job in housing the athletes in the village and we thank them for their hospitality, my teammates have had a great experience so far in Japan.”

@bwangah

♬ original sound – bwangah

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.