Selepas teruk dikecam ekoran dari penularan video memperlihatkan dia menasihati seorang warga emas dengan nada ‘kasar’, usahawan Carl Shamsudin pagi tadi membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.
Dia menerusi perkongsian di Instagramnya turut memperjelaskan situasi sebenar sebelum memaklumkan akan turun bertemu dengan warga emas berkenaan bagi membuat permohonan maaf.
Terbaharu Carl petang tadi difahamkan sudah menunaikan janjinya apabila tampil bersemuka dengan pakcik tersebut yang dikenali dengan nama Pakcik Hadi.
Menerusi instagramnya, usahawan tersebut memuat naik satu foto memperlihatkan dia berjumpa Pakcik Hadi dipercayai di Pusat Gelandangan Kuala Lumpur.
Menerusi perkongsian di Stories pula, dia memuat naik beberapa video pertemuannya bersama Pakcik Hadi yang turut disertai Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia, Yusuf Azmi.
Dia dalam masa sama turut memuat naik ucapan terima kasih kepada Yusof Azmi dipercayai kerana kesudiannya hadir kesana.
Terdahulu, ibu Carl memuat naik satu video berkongsi kepada orang ramai pengakuan Pakcik Hadi yang menjelaskan dia sebenarnya tidak terasa hati dengan ‘nasihat’ yang diberikan Carl sewaktu ceramah motivasi tersebut.
“Ikhlas dia cakap bukan tuhan mengubah nasib kita, kita sendiri (yang) ubah nasib kita kata dia. Tidak (berkecil hati)” katanya menerusi video tersebut.
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…