“Anda Tetap Terbaik!” – Meski Tewas, Ramai Puji & Luah Bangga Dengan Prestasi Lee Zii Jia
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Perjuangan pemain perseorangan negara Lee Zii Jia untuk memburu pingat di sukan Olimpik Tokyo 2020 akhirnya terhenti selepas kekalahannya kepada Chen Long dalam pusingan kalah mati yang mendebarkan sebentar tadi.
Meskipun kekalahan tersebut agak mengecewakan, namun aksi pemain berusia 23 tahun itu nyata mengundang pujian peminat badminton negara apatah lagi pesaingnya ity merupakan penyandang juara di Olimpik Rio 2016.
Malah ramai turut bersetuju, kecederaaan di tapak tangannya sewaktu perlawanan turut menyulitkan pergerakannya di set ke-2 dan ke -3
Dapat dilihat di media sosial, rata-rata peminat badminton negara baik influencer mahupun orang ramai dilihat memberikan pujian dan sokongan yang jitu kepada Zii Jia.
Ramai yang berpendapat di usianya yang begitu muda dengan pengalaman dan pencapaian yang diraih, dia pasti akan bersinar dan menjadi sehebat Lee Chong Wei sekaligus menjadi permata dalam arena badminton negara.