fbpx
Now Reading
“Saya Tiada Niat Marahi Sesiapa” – Usahawan Tular Tampil Mohon Maaf & Perjelaskan Apa Yang Terjadi

“Saya Tiada Niat Marahi Sesiapa” – Usahawan Tular Tampil Mohon Maaf & Perjelaskan Apa Yang Terjadi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ekoran dari video tular membabitkan dirinya yang didakwa biadap kerana memarahi seorang warga emas di Pusat Gelandangan Kuala Lumpur, usahawan yang tular tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Menerusi perkongsian di IG Story dan IG Feed-nya, lelaki tersebut turut tampil menjelaskan perkara sebenar dari pihaknya.

Tiada niat marahi

Menurut usahawan terbabit, dia sebenarnya hanya ingin membantu, memberi manfaat dan mengubah hidup mereka yang memerlukan malah tidak pernah terlintas untuk menghina sesiapa sepanjang hidupnya.

Dia yang memohon maaf kepada orang ramai yang tersinggung dalam masa sama berjanji berjumpa warga emas itu semula untuk memohon maaf dan memperbetulkan semula kesilapannya.

Sudah dikompaun tidak pakai pelitup muka

Berkaitan isu tidak memakai pelitup muka lelaki tersebut turut memohon maaf dan menjelaskan yang dia sudah dipanggil pihak IPD Dang Wangi dan telah dikenakan kompaun di atas kesalahan berkeanaan.

Dapat jemputan bagi ceramah motivasi

Jelasnya dia pada asalnya telah menerima dan memenuhi jemputan untuk menyampaikan ceramah motivasi kepada 20 orang gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur dengan tema ‘Ubah Hidup”.

Sewaktu program tersebut, dia meminta sesiapa yang sukarela untuk kongsikan kisah hidupnya sebelum warga emas berkenaan menawarkan dirinya.

Namun disebabkan nada ‘bersemangatnya’ ramai tersalah anggap menyangkakan dia sedang memarahi warga emas berkenaan.

Dia bagaimanapun mengakui tidak sepatutnya menggunakan nada sedemikian dengan orang yang lebih tua darinya.

“Ada orang nak jatuhkannya” – peguam

Dalam pada itu Mstar melaporkan, peguam lelaki tersebut, Emma Syakira memaklumkan ada pihak yang ingin menjatuhkan anak guamnya dengan merakam video hanya sekerat dan menyebarkan fitnah berkenaan usahawan itu.

Pihak tersebut pergi rekod video ini, dan ambil klip pada ketika dia (Carl) tengah beri ceramah motvasi ketika dia bersemangat. Dia bukan herdik tetapi memberi semangat.” 

“Permainan orang itu nak jatuhkan Carl konon-konon dia seorang usahawan yang teruk, untuk beritahu orang bahawa Carl tak beradab, kurang ajar herdik orang tua…walhal itu tak benar.”

“Orang ramai pula interprete seperti itu sebab ‘orang tu’ sampaikan dengan cara sebegitu,” katanya kepada sumber.

‘Sedang beri semangat, bukan herdik’

“Yang Carl beri ceramah di pusat gelandangan ini sebenarnya fokus utama untuk nasib hidup mereka. Mereka ini adalah 20 orang daripada beratus gelandangan yang ditapis khas untuk program ini sebab mereka nak ubah nasib hidup.”

“Beri ceramah motivasi, memang la semangat kita membuak. Dalam video itu, Carl sedang memberi semangat kepada pakcik tersebut. Pakcik itu hadir ke depan sebagai fasilitati secara sukarela, bukan dipaksa. Dia sendiri datang ke depan nak kongsi pengalaman hidup.”

“Bukan dia herdik, itu tak benar. Itu yang ‘pihak tersebut’ buat, tujuannya untuk jatuhkan Carl…sampai tular video satu Malaysia,” ujarnya.

Difahamkan pihaknya juga sudah membuat laporan polis berhubung isu berkenaan dan sudah mengenal pasti

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.