fbpx

Siap Ingatkan Atlet Untuk Kuat Sembahyang, Ramai Terhibur & Mahu Tan Boon Heong Terus Jadi Pengulas

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/tmfasya95/status/1420572879423381509https://twitter.com/maisarahahd/status/1420576052678520832

Mereka yang menonton perlawanan badminton antara Lee Zii Jia dengan pemain dari Perancis, di Astro Arena malam tadi pasti berpeluang melihat bekas pemain beregu negara, Tan Boon Heong yang diundang untuk mengulas perlawanan tersebut.

Meskipun bukan kali pertama diundang, malahan sudah beberapa kali tampil bagi membincangkan tentang pemain-pemain badminton negara yang beraksi di pentas Olimpik Tokyo 2020 ulasan Boon Heong semalam paling mencuri tumpuan ramai.

Aksinya yang bersahaja dalam memberikan ulasan  disusuli kata-kata motivasi dan pantun ‘santai’ mencuit hati penonton yang menonton perlawanan berkenaan.

“Jangan kancheong Semayang la”

Reaskinya yang bersahaja membuatkan ramai terhibur selain bersetuju ia membuatkan mereka hilang sedikit gementar sewaktu menonton perlawanan yang sengit.

Tidak berhenti di situ sahaja, Boon Heong kemudiannya membuka akaun Twitter dan hasilnya tidak sampai sehari dia sudah berjaya mengumpulkan lebih dari 20 ribu pengikut.

Lebih mencuri tumpuan apabila dia kerap kali mengingatkan atlet dan orang ramai agar terus ‘bersembahyang’ mendoakan kejayaan pemain-pemain negara yang sedang beraksi .

Jelaskan maksud Kancheong

Menerusi video di Arena, pemegang rekod pukulan ‘smash’ paling laju di dunia itu kemudian menjelaskan maksud Kancheong iaitu takut dalam bahasa kantonis. Dia secara berseloroh kemudian berkata jika Lee Zi Jia juara malaysia akan mendapat cuti satu hari.

“Kancheong tu maksudnya takut, Jadi jangan kanchenong , jangan takut. Kena kuat sembahyang, kalau Lee Zii Jia champion kita dapat cuti sehari”

Ramai mahu dia terus mengulas

Sehubungan itu ramai menyuarakan agar Boon Heong terus mengulas perlawanan seterusnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.