fbpx
Now Reading
Ciri Baru MySejahtera Benarkan Pengguna Hantar Keputusan Saringan, Tawar Pembelian Kit Saringan Kendiri

Ciri Baru MySejahtera Benarkan Pengguna Hantar Keputusan Saringan, Tawar Pembelian Kit Saringan Kendiri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Aplikasi MySejahtera, yang dibangunkan kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 hari ini difahamkan telah mendapat pengemaskinian baharu.

Ia diumumkan MySejahtera menerusi satu hantaran di akaun Twitter rasmi mereka tengahari tadi.

Pengguna akan menerima notifikasi wajib untuk pengemaskinian sebaik membuka aplikasi tersebut bermula tengahari tadi tadi.

4 ciri baharu

Dengan pengemaskinian terbaharu ini, MySejahtera kini hadir dengan empat ciri baharu dimana dua membabitkan ujian kendiri iaitu :

1.Fungsi penghantaran keputusan ujian kendiri Covid-19
2. Pembelian kit ujian kendiri secara atas talian diperkenalkan.

Untuk pembelian kit ujian sendiri, MySejahtera menawarkan pembelian tiga dari 6 kit yang diluluskan Medical Device Authority Malaysia (MDA) pada 29 Julai iaitu SalixiumGmate dan JusChek menerusi laman Pharma2u

Pembelian secara pukal turut ditawarkan untuk perusahaan dan syarikat yang mahu membeli kit ujian ini untuk kakitangan mereka.

Selain itu, MySejahtera juga kini hadir dengan dua ciri tambah iaitu fungsi ‘Kecemasan’ bagi membantu pengguna mendail 999 secara automatik dan fungsi ‘Fasiliti Kesihatan’ dalam memudahkan pengguna mengenalpasti lokasi fasiliti saringan terdekat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.