fbpx
Now Reading
Misteri Kelibat Lelaki Tua Bertongkat Di Halaman Rumah Akhirnya Terungkai

Misteri Kelibat Lelaki Tua Bertongkat Di Halaman Rumah Akhirnya Terungkai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Petang tadi kami ada melaporkan mengenai kelibat misteri seorang lelaki tua bertongkat yang mencerobohi beberapa halaman rumah di sebuah perumahan di Sungai Petani, Kedah.

Kejadian tersebut yang mengemparkan penduduk disana difahamkan tular di media sosial selepas dikongsikan beberapa pengguna Facebook yang menetap di kawasan berkenaan.

Perkongsian tersebut mencetuskan misteri siapakah individu tersebut dan bagaimanakah dia boleh masuk dan keluar dari perumahan tersebut memandangkan disana sistem kawalan keselamatan adalah secara berpagar.

Lebih mengejutkan orang ramai apabila seorang penduduk disana memaklumkan jirannya juga hampir dipukau sebaik menyedari kehadiran lelaki tua bertongkat masuk ke kawasan kediamannya.

Ramai juga yang tertanya-tanya bagaimana dia memanjat pagar automatik sedangkan dia dilihat mengenakan kain pelekat dan tidak berkasut.

Baca artikel : “Siap Main Dengan Anjing” – Kelibat Orang Tua Bertongkat Masuk Rumah Awal Pagi Cetus Misteri

Suspek dipercayai kurang waras

Terbaharu misteri mengenai lelaki tua tersebut terungkai selepas polis mengesahkan dia didapati kurang waras.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, lelaki tersebut bukan sahaja tidak mengetahui apa yang dibuatnya di perumahan berkenaan malah dia turut berbogel di hadapan pasukan polis.

“Kita telah mengesan lelaki ini dan telah ke rumahnya, namun dipercayai suspek kurang waras.

Dia tak tahu apa yang dibuat dan bertindak dalam keadaan tidak normal,”katanya Adzli dalam satu kenyataan.

Fotonya yang tular di media sosial

Jelas Adzli lagi, sewaktu kejadian, isterinya turut berada disana dan lelaki itu juga mengalami masalah buah pinggang dengan dipasang tiub di bahagian perut.

“Lelaki itu juga mengalami masalah buah pinggang dan ada tiub di perutnya.

“Bagaimanapun tiada tindakan diambil berhubung kejadian itu,” menurut kenyatan itu lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.