fbpx
Now Reading
“Siap Main Dengan Anjing” – Kelibat Orang Tua Bertongkat Masuk Rumah Awal Pagi Cetus Misteri

“Siap Main Dengan Anjing” – Kelibat Orang Tua Bertongkat Masuk Rumah Awal Pagi Cetus Misteri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tiada yang lebih menggemparkan buat penduduk sebuah perumah di Sungai Petani, Kedah selepas kejiranan mereka dicerobohi seorang lelaki warga emas seawal 5 pagi di sana semalam.

Lebih mencuri tumpuan apabila kelibat tersebut berjaya dirakam CCTV milik salah seorang penduduk di sana.

Mula dikongsikan di Facebook sejam semalam, foto berkenaan kemudia mula tular di kalangan pengguna Facebook hingga mencetuskan misteri.

Menurut satu hantaran oleh  Ruqaiyyah Annamirah , mereka pada mula menyedari kehadiran sebuah Proton Iswara merah sedang berlegar-legar di kawasan kejiranannya.

Dia kemudian mendakwa terlihat kelibat seorang lelaki warga emas yang bertongkat masuk ke halaman rumah jiran hadapannya.

Namun yang menimbulan persoalan penduduk disitu, kehadiran lelaki tersebut langsung tidak menggusarkan anjing besar peliharaan jiran mereka yang menjaga rumah berkenaan, malahan dia difahamkan turut membuka sangkar dan bermain dengan anjing tersebut.

“Seawal jam 520pagi ada proton iswara warna merah plate no PDA 2005 berlegar2 kawasan unit lot kami. Ada seorang tua bertongkat masuk kawasan rumah jiran depan. Betul2 depan rumah kami.

“Jiran depan rumah diorang ada bela anjing hitam yg besar utk jaga rumah, org tua ni boleh buka sangkar dan main dgn anjing hitam besar.

Lebih mengejutkan wanita tersebut, lelaki tersebut sebaik mengetahui kehadirannya disedari hanya berjalanb perlahan -lahan ke belakang rumah sambil memberikan tenungan.

“Takutnya. Bila dia sedar ada org nampak, dia tak lari pun. Dia tenung dan berjalan perlahan-lahan ke belakang rumah.

Kawasan perumahan ‘gated’.

“Kawasan perumahan mmg autogate. Tapi wallahu’alam macam mana dia boleh dapat masuk tanpa kopak atau pecahkan gate. Nak kata dia lompat/panjat pagar, tak berapa logik sebab pagar sgt tinggi dan dia berkain.

Kerap blackout dan alarm kerap berbunyi jam 4-5 pagi.

“Dan dah banyak hari kawasan rumah kami asyik jadi blackout tiba2. Alarm akan bunyi tiba2 jam 4 5 pagi. Pagi tadi pun jadi lagi.Husband dah banyak kali dgr bunyi org kuis2 batu kerikil tepi rumah” katanya lagi.

Menurut polis mungkin orang gila

Penduduk disana difahamkan kemudiannya membuat laporan polis. Namun polis mengesyaki lelaki tersebut adalah kurang siuaman kerana tiada motif lain yang boleh dikaitkan dengan tindakannya

“Dah lodge police report, regarding officer tu katanya org gila, pihak polis tak nampak motif lain. Tapi mana ada org gila masuk rumah org pukul 5pagi dan macam mana dia boleh masuk autogate. Misteri dan risau kan anak2 dalam rumah ni” luahnya lagi.

Dia dalam masa sama turut berkongsi perbualan whatsapp di antara penduduk di kawasan tersebut yang sedang membincangkan mengenai kehadiran lelaki berkenaan.

Menerusi tangkap layar perbualan tersebut pemilik rumah berkenaan turut berkongsi video insiden kepada jiran-jiarnnya.

Disedari jiran yang bangun awal pagi.

Perkara sama turut dikongsikan seorang lagi pengguna Facebook, Zulhafidz Yahaya. Menurutnya orang yang menyedari kehadiran lelaki tersebut adalah isteri kepada jirannya

“iran ni tersedar sebab dia memang bangun awal masak. Isteri jiran terkejut ada lelaki tercegat dicelah2 pandangan cermin dapur.Bila lelaki tua tu sedar ada org nampak dia, dia tak lari pun. Dia siap tenung.

“Kawasan perumahan ni semua rumah mmg autogate. Tapi wallahu’alam macam mana dia boleh dapat masuk tanpa kopak atau pecahkan gate.”

Macam tak sedar bila keluar autogate

“Waktu jiran dan suami dan anak2 dia tegur dan tanya orang tua bertongkat tu waktu dia nak berjalan keluar, dia tak bercakap sangat. Macam orang buat2 bodoh, dan uncle tu macam tak sedar bila lelaki ni, keluar semula dari autogate.. dia cuba kejar. tak dapat.

“Nak kata dia lompat/panjat pagar, tak berapa logik sebab pagar sgt tinggi dan dia berkain. Dan bila hari cerah, tak ada langsung kesan orang panjat pagar walau pagar di cat putih.

Kereta iswara lari mengundur tanpa buka lampu

“Dari video cctv, kereta Iswara tu reverse laju tanpa lampu waktu jiran cuba kejar. Kemudian kereta tu lesap tak tau kemana. Dan beberapa hari kebelakangan ni, memang rumah² kawasan kami ni tiba2 blackout dalam 1-2 minit dan alarm saling bunyi² jam 4-5 pagi.”

Mungkin cubaan pukau atau rompak

Menerusi satu kemaskini, dia menjelaskan kelibat tersebut adalah manusia biasa dan bukan hantu seperti sangkaan orang ramai. Jelasnya mereka mengesyaki mungkin individu tersebut mempunyai cubaan memukau ataupun merompak.

“Bukan hantu. Orang. Mungkin cubaan pukau dan rompakan. Mulut dia kumat kamit, menurut auntie jiran saya, bahasanya ala2 bahasa kehinduan+kejawaan. bukan bahasa melayu bakulah. Jiran pun syak dia ala2 bomoh” katanya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.