fbpx

Buat IG Live Sambil Makan Durian Beramai-ramai, Usahawan Kosmetik Akan Dipanggil Polis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak tengahari tadi, tular di media sosial satu tangkap layar memperlihatkan seorang usahawan kosmetik yang juga influencer terkenal sedang bersiaran langsung sambil menikmati durian bersama beberapa individu lain.

Mula di muat naik seorang pengguna Twitter, tangkap layar tersebut mengundang pelbagai persoalan dan spekulasi di kalangan netizen kerana tindakan usahawan yang juga penyanyi itu disifatkan telah melanggar SOP yang ditetapkan kerajaan dalam mengawal penularan wabak Covid-19.

” ***** ****** jemput orang datang makan durian dekat rumah tak kena saman ke? ” ciap pengguna Twitter terbabit.

Berang dengan tindakannya beberapa pengguna Twitter kemudian mula menanda akaun (menge’tag’) akaun Rasmi PDRM memohon siasatan dilakukan kepada usahawan berkenaan.

Akan dipanggil bagi keterangan

Tidak sampai sehari tular, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan usahawan berkenaan akan dipanggil untuk membantu siasatan kerana tindakannya dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood, pihaknya telah menerima laporan berhubung isu tersebut pada 4 petang hari ini.

“Pada 31 Julai 2021 jam lebih kurang 4 petang, satu laporan polis telah diterima mengenai penularan screenshot tersebut.

“Pengusaha kosmetik berkenaan adalah seorang selebriti terkenal dan mempunyai ramai pengikut di media sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, siasatan dijalankan di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.