fbpx
Now Reading
“Mereka Sememangnya Layak” – Kemenangan Aaron & Woi Yik Dapat Ucapan Tahniah Dari Netizen Indonesia

“Mereka Sememangnya Layak” – Kemenangan Aaron & Woi Yik Dapat Ucapan Tahniah Dari Netizen Indonesia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui beregu no 1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik semalam berjaya menghadiahkan pingat gangsa kepada negara bagi Olimpik Tokyo 2020 selepas berjaya menewaskan beregu no 2 dunia, Muhammad Ahsan dan Hendra Setiawan atau ‘The Daddies’ dalam perlawanan yang penuh mendebarkan.

Meskipun bukan pencapaian terbaik negara, namun kemenangan mereka yang baru pertama kali menyertai Sukan Olimpik membanggakan orang ramai dan kontijen Malaysia.

Sebuhungan itu ramai peminat badminton negara menggunakan media sosial untuk menzahirkan ucapan tahniah dan terima kasih di atas kejayaan pasangan tersebut.

Namun ucapan tahniah dari seorang peminat badminton Indonesia di Twitter, Bayu Arisandy mencuri tumpuan ramai apabila memaklumkan tersentuh melihat ‘tangisan penuh bangga’ beregu tersebut sewaktu temurawah usai perlawanan.

“Sudahkah kalian menonton temuramah Aaron Chia & Soh Wooi Yik. Mereka benar-benar menangis! Sebagai warga ndonesia, saya tak tahu kenapa saya terharu dan berfikir “Mereka sememangnya layak ! (Ini) masanya untuk tunjukkan kepada Israel apa yang kamu miliki”

“Tahniah Malaysia, salam hormat dari Indonesia,” tulisnya di Twitter.

Perkongsian tersebut kemudian mula tular di kedua-dua negara sehingga berjaya meraih 17 ribu tanda suka, 6400 ulang ciap dan ratusan komen.

Dapat dilihat ramai rakyat Indonesia yang turut bersetuju dengan kenyataan tersebut manakala rakyat Malaysia berterima kasih dengan apa yang ditulisnya.

Di lapang boleh jadi lawan tapi di belakang tetap kawan

Seorang netizen lain kemudiannya turut berkongsi tangkap layar yang diambil dari instagram peribadi The Daddies yang memperlihatkan kemesraan kedua mereka bersama Wooi Yik.

Perkongsian-perkongsian tersebut nyata menimbulkan komen-komen positif di antara kedua-dua negara.

Ramai yang dalam masa sama turut meluahkan sokongan kepada pemain-pemain badminton Indoensia yang masih lagi berjuang untuk aksi separuh akhir mereka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.