fbpx
Now Reading
Aksi Rider Panda Ikut Arahan Pelanggan Untuk ‘Ketuk Pintu & Lari’ Buat Ramai Terhibur [Video]

Aksi Rider Panda Ikut Arahan Pelanggan Untuk ‘Ketuk Pintu & Lari’ Buat Ramai Terhibur [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bekerja sebagai seorang penghantar makanan bukan satu perkara mudah. Sebagai perantara diantara kedai makanan dan pelanggan, mereka terpaksa berdepan pelbagai ragam baik dari kedai makan yang digelar vendor mahupun pelanggan.

Ada yang baik, ada yang cerewet dan ada juga yang kadangkala mengeluarkan permintaan yang tak masuk akal hingga menyukarkan tugas kumpulan rider ini.

Situasi ini bagaimanapun agak berbeza buat seorang rider Foodpanda apabila dia berkongsi satu video di mana dia menunaikan permintaan pelanggannya untuk meletakkan makanan yang dipesan di rak yang disediakan di pintu hadapan.

Mungkin kedengan normal, namun apa yang melucukan pelanggan tersebut turut memintanya untuk mengetuk pintu dan berlari sebaik sahaja meletakkan makanannya.

“Dia suruh ketuk pintu dan terus lari”

“Tolong letak di atas rak depan pintu sahaja. Pastu ketuk pintu, pastu lari.” tulis pelanggan tersebut pada pesanan berkenaan.

Menerusi video yang dikongsikan rider tersebut di akaun Tiktoknya,  @anasmansor99 dia yang berkongsi aksinya sebaik tiba di tempat tersebut sehinggalah selesai misinya untuk menunaikan permintaaan pelanggan berkenaan.

@anasmansor99

Hyee tiktok!!!🤭 #foodpandamalaysia #fyp #fypシ゚

♬ original sound – Abang Panda

Lebih mencuri tumpuan pastinya mengenai persediaan rider tersebut untuk merakam shot- shot berkenaan. Ini kerana dia turut merakam aksinya berlari menuruni tangga dan aksi berlari meninggalkan kawasan berkenaan.

Menjengah keruangan komen, rata-rata netizen dilihat terhibur dengan perkongsian video tersebut.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut sudahpun mendapat 709 ribu tontonan, 100.2 ribu tanda suka dan 5000 komen.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.