fbpx
Now Reading
“Boleh Kami Dapat Dua Emas?” – Kesanggupan 2 Atlet Lompat Tinggi Kongsi Emas Olimpik Dapat Pujian Seluruh Dunia

“Boleh Kami Dapat Dua Emas?” – Kesanggupan 2 Atlet Lompat Tinggi Kongsi Emas Olimpik Dapat Pujian Seluruh Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam nama dua atlet Olimpik lompat tinggi, Mutaz Essa Barshim dari Qatar dan Gianmarco Tamberi dari Itali menjadi perbualan peminat sukan seluruh dunia selepas kedua mereka berkongsi pingat Emas bagi Acara Lompat Tinggi Lelaki.

Menerusi video yang tular, Mutaz dilihat bertanya kepada pegawai pertandingan bertugas adakah mereka dibenarkan untuk berkongsi pingat emas berbanding menentukan pemenang menerusi jump off.

“Boleh kami dapat dua emas” tanya Mutaz.

Namun belum sempat pegawai pertandingan menjawab sepenuhnya. Jawapan permulaan iaitu “Mungkin boleh.. jika kamu berkeputusan…” dari pegawai tersebut sudah cukup membuatkan mereka berdua berpandangan sesama sendiri sebelum berpeluk erat dan berteriak meraikan kemenangan bersama.

Ianya kemudian disambut gembira oleh penonton yang terdiri dari kontijen kedua-dua negara.

Kedua mereka,sebelum itu telah melakukan lompatan terbaik 2.37 meter (m) bersama atlet Belarus,Maksim Nedasekau.

Namun Nedasekau yang memperbaharui rekod kebangsaan negaranya tidak layak berkongsi pingat emas kerana gagal pada percubaan awal namun berjaya meraih gangsa.

Meskipun berkongsi emas bukan satu perkara mustahil didalam Olimpik malah pernah berlaku membabitkan perenang AS, Simone Manuel dan perenang Kanada, Penny Oleksiak dalam acara renang gaya bebas 100 meter Olimpik Rio 2016, namun ini merupakan sejarah pertama buat sukan Atletik di Olimpik sejak 1912.

Kesanggupan mereka berdua berkongsi emas tanpa melakukan jump off nyata mendapat respon positif dari seluruh dunia.

Merupakan sahabat baik di luar gelanggang

Lebih mencuri tumpuan kerana kedua atlet ini juga merupakan sahabat baik di luar gelanggang. Kedua mereka sebelum ini pernah mengalami kecederaan serius namun masing-masing tampil memberi semangat agar kedua mereka dapat bertarung di Olimpik Tokyo.

“Actually, we talked about it years ago, but we just said, ‘Oh imagine…,’ and today, actually it happened. It is a great feeling, you can’t be more happy than that.”

Gianmarco Tamberi

Malah Barshim, turut mengakui Tamberi adalah salah seorang rakannya. Kedua mereka yang pernah memenangi kejohanan dunia sebelum bukan sekadar berkawan di gelanggang malahan bersahabat baik di dunia sebenar.

“He is one of my best friends, not only on the track, but outside the track. We work together. This is a dream come true. It is the true spirit, the sportsman spirit, and we are here delivering this message”

Mutaz Essa Barshim

Ramai peminat sukan malahan pengamal media sukan beranggapan ini antara salah satu momen sukan yang terbaik pernah disaksikan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.