
“Kalau Aku Da Patah Riuk” – Foto Lama Dhabitah ‘Dipijak’ Jurulatih Semasa Latihan Buat Ramai Kagum
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui atlet penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri sudahpun menamatkan persaingannya di tempat keempat terbaik dunia dalam acara terjun tiga meter papan anjal individu wanita Olimpik Tokyo 2020.
Walaupun tidak meraih sebarang pingat di atas kertas, pencapaian dan aksinya semasa di Final begitu membanggakan malah telah memenangi hati seluruh rakyat Malaysia.
Terbaru, tular sebuah posting lama milik Dhabitah yang berkongsi kepada orang ramai pengalaman dan kesukaran beliau sewaktu menjalani latihan sebagai seorang atlet terjun negara pada tahun 2016.
Dikongsikan kembali oleh page Harimau Malaya, posting tersebut kemudiannya menarik perhatian peminat sukan-sukan lainnya.
“Inilah pengorbanan utk menjadi atlet bertaraf dunia”
“Disiplin, kesakitan, keperitan & ketahanan serta kesukaran. Inilah pengorbanan utk menjadi atlet bertaraf dunia.” Tulis pengendali akaun Harimau Malaya di Facebook.
Teruskan menyokong & jangan pernah bencikannya saya
Menerusi perkongsian asal yang dilakukannya pada 2016, Dhabitah menjelaskan tidak mudah latihan untuk menjadi seorang atlet bertaraf dunia. Justeru dia begitu menghargai sokongan orang ramai terhadapapnya dalam masa sama berharap orang ramai tidak akan membencinya sekiraya dia gagal.
“Seperti yang saya katakan sebelum ini, bukan mudah untuk berlatih dan menjadi atlet bertaraf dunia. Sebab itu saya begitu menghargai sokongan dan semangat dari anda semua. Teruskan menyokong dan jangan pernah membenci saya. Saya cuba untuk jadi yang terhebat” –
Dhabitah
DIjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat kagum dengan semangat Dhabitah dan atlet terjun negara yang lain seperti Pandelela Rinong, Leong Mun Yee mengharungi perit jerih latihan dalam memastikan mereka berjaya untuk negara.


