fbpx
Now Reading
Vaksinasi Secara Walk-In Untuk Penduduk Lembah Klang Sudah Bermula, Ini Senarai PPV Lokasi Yang Terlibat

Vaksinasi Secara Walk-In Untuk Penduduk Lembah Klang Sudah Bermula, Ini Senarai PPV Lokasi Yang Terlibat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat warga Lembah Klang yang masih belum menerima tarikh janji temu untuk vaksin, anda kini boleh melakukannya secara walk ini di 9 buah tempat.

Namun tarikhnya terbahagi kepada empat kategori iaitu :

Warganegara

a. 2 – 4 Ogos : Untuk 40 tahun ke atas atau individu yang ada komordibiti (tekanan darah tinggi, asma, obesiti dsb)

b. 5 – 22 Ogos : Untuk mereka berumur 18 tahun

Bukan warganegara

c. 9-11 Ogos : Untuk 40 tahun ke atas atau individu yang ada komordibiti (tekanan darah tinggi, asma, obesiti dsb (Bukan Warganegara )

d. 12 – 22 Ogos : Untuk mereka berumur 18 tahun ke atas (bukan warganegara)

Dokumen diperlukan

Sebelum menghadirkan diri, anda perlu membawa dokumen sokongan sebagai bukti anda menetap di kawasan Lembah Klang seperti kad pengenalan, lesen memandu, bil utiliti, bil kad kredit dsb.

Lokasi PPV terlibat adalah :

Warganegara

1.PPV KLCC, HCO F
2.PPV KLCC, HCO G
3.PPV KLCC, HCO H
4.PPV Bangi Avenue Convention Centre (BACC)
5.PPV Hotel Wyndham, Klang
6.PPV Dewan Tun Abdul Razak, Sabak Bernam
7.PPV Dewan Komuniti Serendah
8.PPV Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA, Sepang
9.PPV Ideal Convention Centre, Shah Alam (IDCC)

Bukan warganegara

1. PPV Stadium Nasional Bukit Jalil

Jam 2 petang ke atas

Namun harus diingatkan untuk vaksinasi secara walk ini hanya boleh dibuat pada jam 2 petang keatas dan berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Dalam masa sama, JKJAV memaklumkan senarai lokasi serta tarikh ini tidak melibatkan warga emas yang belum menerima tarikh temu janji vaksin,ini kerana golongan warga emas dibenarkan untuk hadir kemana-mana PPV di seluruh negara.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.