fbpx
Now Reading
Jual Set Mewarna Harga RM220, dUCK Sekali Lagi Jadi Topik Hangat Netizen

Jual Set Mewarna Harga RM220, dUCK Sekali Lagi Jadi Topik Hangat Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kami yakin semua cukup kenal dengan jenama tempatan, dUCk. Sememangnya digilai ramai wanita, namun kerap menjadi perbualan ramai dek kerana harganya yang disifatkan ‘overprice’

Bermula dari harga tudung yang mencecah RM800 sehinggalah ke stapler berharga RM80, kini sekali lagi menjadi perbualan hangat netizen selepas mengeluarkan set mewarna eksklusif yang pasti menarik minat ramai peminat jenama tersebut.

Hasil carian kami di laman dUCk, produk tersebut dijual secara preorder dari 28 Julai hingga 4 Ogos 2021 pada harga RM220 dan pembeli akan mula menerimanya pada 28 Ogos ke atas.

Namun disebabkan harganya mencecah RM220, ada dikalangan netizen yang mula menyoalkan harga set mewarna tersebut yang pada mereka adalah mahal dari kebiasaannya.

Buat seorang pengguna TikTok, @thekhanz dia berpendapat produk tersebut tidak kelihatan ekslusif untuk dijual semahal itu.

Malah barangannya tidak jauh berbeza dengan apa yang boleh dibeli di Shopee dengan harga kurang dari RM30.

@thekhanz

my blood is boiling ❤️ ##dUCk ##duckscarves ##fashionvalet ##fyp

♬ original sound – TheKhan

@thekhanz

Reply to @dearaniswang if we take out the items from the box, we wouldn’t know it’s from the ✨brand✨ ##dUCk ##duckscarves ##branding ##fyp

♬ original sound – TheKhan

Menerusi satu lagi video, pemuda ini menjelaskan maksud ekslusif yang dimaksudkan iaitu jika benar dUCk mahu menjual semahal itu, berus yang digunakan seharusnya mengikut tema warna produk mereka iaitu warga ungu dan bukannya biru seperti yang kebiasaan di jual di pasaran.

Malah dia menekannnya mereka seharusnya meletakkan stamp atau logo dUCk pada brush tersebut jika benar mereka ingin ‘menjual’ jenama mereka.

Perkongsian pemuda ini mendapat pelbagai respon dari netizen, ada yang tidak bersetuju dengan kenyataannya dengan mengatakan ‘target market’ jenama dUck bukanlah orang kebanyakan sebaliknya golongan orang berada. Namu ada juga yang bersetuju dengan semua pendapatnya .

Mereka tak sasarkan B40, Jadi tak perlu complaint

Sekurangnya jadikanlah ia ekslusif

Turut hangat diperbincangkan di Twitter

Dalam pada itu produk tersebut turut hangat diperkatakan di Twitter, apabila beberapa pengguna tampil berkongsikan pendapat mereka. Ramai yang mempersoalkan harganya yang mahal dan menyifatkan barangan dengan kualiti tersebut boleh didapati dengan harga bawah dari RM100.

Ada juga yang mendakwa produk ini hanyalah satu strategi mereka seolah ada tudung baru yang akan dilancarkan.

Apa pun tanggapan orang ramai, kami yakin pembeli dan peminat dUCk mempunyai sebab tersendiri untuk membeli set mewarna tersebut.

Kalau mampu dan sukakannya, apa salahnya bukan?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.