fbpx

Beli Ketam Untuk Masak Tapi Anak Selamba Jadikan BFF, Siap Bawa Tengok TV & Mandi [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan mendidik dan membesarkan anak kecil bukanlah suatu tugas mudah. Kadangkala kerenah mereka mampu membuatkan kita sakit kepala, namun hakikatnya perilaku mereka itulah yang selalu menjadi penghibur kita.

Hal ini dapat dikaitkan dengan perkongsian seorang pengguna TikTok, Syamila Halim yang memuat naik video memperlihatkan seorang anak kecil berkawan dengan seekor ketam nipah.

Difahamkan ayah kepada adik tersebut membeli beberapa ekor ketam nipah untuk dimasak. Namun sewaktu hendak menyiang ketam-ketam tersebut, si anak tadi menghalang si ayah dari mengambil besen yang berisi hidupan laut itu yang dianggapnya sebagai rakan.

Buat macam BFF

Lebih mencuri tumpuan apabila dia kemudiannya melayan seekor dari ketam tersebut umpama seorang BFF dengan membawanya menonton TV, dan bermain phone malahan menonton TikTok bersama-sama.

Menerusi video tersebut, dia dilihat santai melakukan beberapa aktiviti sambil ditemani ketam berkenaan di sebelahnya.

Budak kalau pencinta haiwan

@syamilahalim

Budak kalau pencinta haiwan.. syg nyaaa sampai tak bg masak🤣##fypシ ##masukberanda ##myfoodie ##fypシ゚viral ##tiktokmalaysia

♬ original sound – Syamila Halim

Siap bawa mandi

Bukan itu sahaja, menerusi satu lagi video dia juga difahamkan telah membawa ketam tersebut yang masih lagi diikat dengan tali rafia kedalam bilik air untuk mandi.

Menurut Syamila, mereka bagaimanapun berjaya menyiang kesemua ketam kecuali kecam yang diasingkan untuk dijadikan kawan kepada anak kecil tersebut.

@syamilahalim

Reply to @zrytecadezio tido dgn ketam ❌ mandi dgn ketam ✅. jgn risau kolam asing.##fypシ ##tiktokmalaysia ##fypシ゚viral ##masukberanda

♬ original sound – Syamila Halim

Keletahnya nyata menghiburkan rata-rata netizen yang menonton video-video tersebut. Ramai turut berseloroh dia sama sekali tidak akan berkawan dengan ketam tersebut sekiranya tali rafia yang mengikat hidupan laut tersebut tercabut.

“Kalau tali rafia tu terbuka mungkin putus kawan”

Kena kepit auto goreng

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.