fbpx
Now Reading
“Haritu Berenang Nak Rentas Selat Pulau Pinang, Kali Ini Naiki Gabus Pula” – Cubaan Kedua Rentas Daerah Gagal

“Haritu Berenang Nak Rentas Selat Pulau Pinang, Kali Ini Naiki Gabus Pula” – Cubaan Kedua Rentas Daerah Gagal

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda ingat tempoh hari tular seorang lelaki yang diselamatkan dan ditahan selepas cuba merentas daerah dengan berenang di perairan Pulau Pinang.

Terbaru kisahnya kembali hangat di media sosial selepas dia sekali lagi diselamatkan dan ditahan kerana cubaannya menaiki rakit gabus di lautan pula.

Berbanding alasan lamanya untuk bertemu rakan, lelaki tersebut sewaktu diselamatkan kali ini menjelaskan tujuannya adalah untuk pergi ke tanah suci Mekah.

Dia yang ditemukan terapung di tengah laut di atas pelampung gabus styrofoam oleh pihak berkuasa pada 4.45 kemudiannya diselamatkan dengan dibawa naik ke atas bot. Video dan gambar kejadian turut tular di media sosial.

@penang_kini

haritu Cuba renang Dari Grown Ke Bagan. Kali ni guna sterofoam utk Rentas daerah seberangi lautan

♬ Jangan PernaH Berubah – Lia Magdalena

Menerusi laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong berkata lelaki berusia 28 tahun sebelum itu telah terjun ke dalam laut di Jeti Tanjung City Marina di sini sebelum diselamatkan oleh Pasukan Polis Marin(PPM) dan dia adalah individu sama dalam kejadian dilaporkan sebelum ini yang mahu pergi ke Seberang Perai.

“Kejadian itu telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi dari warganet, hasil siasatan awal, lelaki berkenaan adalah lelaki sama dalam kejadian dilaporkan pada 12 Julai lepas. “Dia bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh PPM dan kali ini memberi alasan mahu berenang untuk ke Tanah Suci Mekah,”

Disahkan tidak mental & negatif dadah

Dia kemudian telah di bawa ke Hospital Pulau Pinang  bagi mendapat rawatan selain melakukan penilaian kesihatan mental, namun hasil penilaian mendapati dia tidak mengalami sebarang masalah mental.

Selain itu, hasil saringan air kencing juga mendapati dia negatif dadah.

Tambah Sofian, dia kini ditempatkan di Wad Psikiatrik Jalan Perak, untuk menjalani rawatan lanjut.

“Dia sebelum ini dihantar untuk rawatan pemulihan di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) kerana ketagihan dadah yang serius oleh ibu bapanya,” katanya.

Terdahulu kisah lelaki ini tular selepas dia nekad berenang menyeberangi laut untukdari untuk ke Seberang Perai untuk bertemu rakannnya selepas gagal mendapatkan kebenaran untuk merentas daerah dari pihak berkuasa.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.