fbpx
Now Reading
Isu Jenaka Rogol, Ain Husniza Dapat Notis Tuntutan ‘Fitnah’ RM1 Juta

Isu Jenaka Rogol, Ain Husniza Dapat Notis Tuntutan ‘Fitnah’ RM1 Juta

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ain Husniza, pelajar yang pernah tular kerana mendedahkan gurauan rogol oleh guru sekolahnya di aplikasi media sosial TikTok hari ini mengakui telah menerima satu notis tuntutan berjumlah RM1 juta.

Meskipun tiada penerangan spesifik mengenai tuntutan tersebut, pelajar berusia 17 tahun itu menerusi akaun Twitternya menjelaskan antara tuntutan yang diterima ialah membayar RM 1 juta sebagai ganti rugi.

Foto : Ain Husniza

“Hari ini Ain tiba-tiba teria surat tuntutan atas ‘pernyataan-pernyataan fitnah’.

“Dalam surat ini, Ain diberi tujuh hari untuk semua tuntutan antaranya membayar RM 1,000,000 dalam ganti rugi” ciapnya.

Ain turut dilihat berkongsi perkara sama di akaun Instagramnya .

Notis tuntutan dari cikgu sekolah lama Ain

Dalam pada itu, ayahnya Saiful Nizam turut berkongsi perkara tersebut dan memaklumakn tuntutan tersebut datang dari cikgu sekolah lama anaknya.

Menurut Saiful, atas nasihat peguamnya, dia dan keluarga tidak akan memberikan sebarang komen sebaliknya akan mendapatkan nasihat tentang hak mereka & tindakan lanjutan.

“Sekitar jam 2pm tadi saya terima notis tuntutan (Letter of Demand) bagi kenyataan fitnah.Notis ini ditujukan kepada Ain Husniza, saya sendiri dan isteri.

“Terdapat 5 tuntutan dan salah satunya bayaran ganti rugi RM1 juta.Kami menerima surat tuntutan daripada Tetuan Rasshidi Ema & Yung.

“Atas nasihat peguam, kami tidak akan memberikan sebarang komen setakat ini. Kami akan mendapatkan nasihat daripada peguam tentang hak kami dan tindakan selanjutnya.

“Untuk makluman notis tuntutan ini adalah dari cikgu PJPK sekolah lama Ain Husniza” kongsinya di Facebook.

Dia turut berkongsi perkara sama di akaun Twitternya.

Sekitar April lalu, Ain menerusi TikTok telah memuat naik video mendakwa guru yang mengajar kelasnya di sebuah sekolah di Selangor telah bergurau tentang rogol sebelum tampil membuat laporan polis.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.