fbpx
Now Reading
Legenda Datuk Soh Chin Ann Dinobat Pemain Paling Banyak ‘Caps’ Antarabangsa FIFA

Legenda Datuk Soh Chin Ann Dinobat Pemain Paling Banyak ‘Caps’ Antarabangsa FIFA

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas sekian lama menanti, legenda bola sepak negara, Datuk Soh Chin Ann akhirnya secara rasmi disenaraikan sebagai pemain paling banyak mewakili skuad kebangsaan (Caps) dalam perlawanan antarabangsa Fifa.

Beliau yang kini disenaraikan dalam FIFA Century Club dengan jumlah caps sebanyak 195 meninggalkan Bader Al- Mutawwa dari Kuwait yang berada di kedudukan kedua dengan jumlah Caps 185.

Selain Chin Ann,  tiga lagi legenda negara turut diisytiharkan sebagai ahli terbaru Fifa Century Club iaitu Zainal Abidin Hassan, mendiang Datuk M Chandran dan Datuk Santokh Singh .

Buat pengetahuan anda, FIFA Century Club adalah eksklusif untuk pemain yang telah bermain sekurang-kurangnya 100 perlawanan antarabangsa.

Dengan kemasukan mereka berempat, Malaysia kini mempunyai 7 senarai pemain yang sudah berada di dalam kelab tesebut dimana tiga legenda negara sebelum ini sudahpun tersenarai iaitu Datuk Abdul Shukor Salleh (163 caps ), Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari (138 caps) dan mendiang Datuk R Arumugam (131 caps).

Perbezaaan Caps disebabkan perlawanan kategori A

Walaupun penampilan keseluruhan Chin Ann dicatat oleh FAM sebagai 252 caps, namun jumlah 195 yang diiktiraf FIFA berdasarkan perlawanan Kategori A yang diwakili anak jati Melaka itu.

Perkara itu dikongsikan Persatuan Bola Sepak Malaysia menerusi satu perkongsian di akaun facebook rasmi mereka.

“Terima kasih FIFA dan FAM atas pengiktirafan ini. Saya berasa cukup terharu atas pengesahan rekod ini.

“Walaupun FAM pernah mencatat jumlah penampilan saya sebanyak 252 caps, saya percaya ia termasuk semua perlawanan persahabatan menentang kelab luar serta saingan luar pertandingan anjuran FIFA.

“Menjadi pemain dengan jumlah penampilan paling banyak dunia adalah penghargaan tertinggi buat saya.” katanya Chin Ann dipetik dari FAM.

Menerusi senarai tersebut, satu-satunya pemain masih aktif yang berada dalam kelompok 10 pemain dengan penampilan terbanyak ialah Cristiano Ronaldo yang mengumpul 173 cap setakat Mac 2021 dan dia dijangka mampu memecahkan rekod Chin Ann kerana masih aktif mewakili negaranya Portugal

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.